Selasa, 15 Julai 2014

mY lEnSa 94 ( DeJaaVoo BaraKat aL- ArD )

EvEnT          : KeMbaRa uMraH duA k0Ta SuCi
dAtE             : 25 FebUarI to 08 mAc 2014
VenUe          : YathrIb @ MadiNatuL muKarrAmaH
MeMbeRs   : SaFiRg0 TraVeL

 My sTorY

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memudahkan perjalanan hamba Nya memijak bumi Barakat Madinatul Munawwarah. 

Segalanya bermula pada tahun 2008. Ketika itu terdetik di hati ini untuk menjejak kaki di bumi Anbiya', setelah menerima satu tamparan hebat dalam hidup. Saat dan tika itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa hancurnya hati ini di uji dengan satu musibah yang besar. Maka itu bermula lah trilogi permohonan seorang hamba kepada Sang Pencipta dek merasakan dengan berdiri di bumi barakat ini akan hilang segala ketidaktentuan hati ini.
      
2013, setelah 2 tahun sebagai wartawan al-Islam, nama awang naik mengikuti kembara umrah bersama pembaca al-Islam untuk membuat liputan sepanjang perjalanan. Namun hanya kerana satu masalah kecil yang tercetus, menyebabkan tempat awang diganti dengan wartawan lain. 

Sememangnya segala rancangan Allah itu lebih indah dari perancangan hamba Nya. Ada hikmah yang telah disediakan Allah untuk awang. 2014 menjadi galang gantinya sesudah 8 tahun berdoa. Indahnya perjalanan ini bukan sahaja ditemani ayahanda tercinta, bahkan secara percuma pula.. dengan misi yang sama membuat liputan untuk Safirgotravel..  Lihat, Allah sengaja tangguhkan perjalanan lalu agar awang dapat bersama ayahanda.. Ini jelas membuktikan Firma Allah dalam surah al-Baqarah 216 terlalu benar dipercayai.
   
Ayahanda awang berjubah putih bergambar bersama rakan jemaah di hadapan hotel. (pintu masuk hotel adalah di lorong antara 2 bangunan yang tersergam indah)

Madinah Munawaarah, destinasi pertama sesudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah. Subhanallah, akhirnya sampai juga awang di bumi yang penuh keberkatan ini. Bumi yang menjadi saksi berkembangnya agama Islam. Bumi yang menerima dengan selebarnya kedatangan baginda s.a.w. bersama para sahabat. Dan bumi yang tidak pernah sunyi sehingga kini dengan kehadiran umat Islam dari segenap pelosok dunia.

dulu dulu, masa belajar di ukm, awang ambil jurusan tamadun Islam, so memang teringin nak tengok sendiri keadaan madinah.. yelah, semua yang dipelajari hanya tergambar di minda..dan kini bila dah sampai Madinah barulah tahu bagaimana keadaan geografinya, sosio masyarakatnya dan semua sekali yang dipelajari..Alhamdulillah..x der la bebayang di minda jer.. dalam hati kata, oh macam ni rupanya madinah.. macam jakun pun ada katanya..haha
Di hadapan hotel kami, terdapat sebongkah batu besar yang terdapat dalam pic atas. agak pelik sebenarnya. kenapa batu ini masih kekal sekalipun dikelilingi pembangunan. setelah soal selidik dilakukan barulah awang tahu, batu ini tidak boleh dihancurkan sekalipun dibom berkali-kali. Tidak diketahui puncanya, namun ada yang mengatakan ini tempat tinggal Jin.. sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang Tahu.

Bergambar di hadapan pasar yang menjual pelbagai barangan. Kalo di malaysia, kira macam pasar lambak atau pasar malam. Sempat gak awang beli minyak wangi,dan berkesempatan melihat sedikit proses pengisian minyak wangi... Di sini, Kebanyakan penjual bukanlah terdiri dari orang Arab Madinah, tetapi dari bangsa lain seperti Turki, Afghanistan, Afrika, Indonesia dan pelbagai lagi.

Perjalanan dari hotel menuju ke Masjidil Nabawi. Di kiri kanan laluan kelihatan peniaga dari pelbagai bangsa menjual barangan mereka. Uniknya barang jualan ini hanya ditutup dengan kanvas pada waktu malam, dan di pagi hari akan ada pekerja uniform oren  membantu membuka barang jualan. so peniaga datang tinggal susun barang jualan dan tunggu pelanggan..
Ini  kalo kat Malaysia, memang sah-sah hilang.. kena kebas ngan mat pit..

Suasana di Madinah sememang begitu menenangkan dengan sosio masyarakatnya yang tertib dan sopan. 

pemandangan sekitar perkarangan masjidi nabawi di bahagian luar seusai solat zohor... 

Di bahagian dalam Masjid Nabawi... suasanya cukup aman dan damai..

Orang ramai sedang berpusu-pusu untuk masuk ke Raudhah... Time ni awang cuba juga nak masuk  tapi tidak berjaya..huhuhu..apakan daya, kita ni badan kecik jer.. dan yang duk berebut tu pulak pak arab yang 2 kali ganda besar.. sudahnya pasrah sahaja.. lagipun hukumnya cuma sunat dek kerana adanya keberkatan di kawasan tersebut..

keadaannya ketika ini seperti segerombolan ombak manusia yang menghempas pantai gamaknya...tidak putus-putus orang yang nak masuk ke dalamnya...

Inilah Raudhah.. Tempat mustajab untuk berdoa... 
dulu-dulu orang cerita pasal raudhah ni awang cuma mampu membayangkannya sahaja.. macam manalah agaknya Raudhah tu kan.. 
Akhirnya bila dah sampai sini, oo baru tau, macam ni Raudhah.. nak kata besar sangat tidak, kecik sangat pun tidak.. ia dibezakan dengan warna karpet..  di Raudhah karpetnya berwarna hijau dan dikawasan luar raudhah warna merah.. Nak solat di sini tidak boleh lama, sekejap jer sebab ada pak guard yang jaga.. so pandai-pandailah kalo dah dapat masuk Raudhah ni..

di sebelah Raudhah, terletak pula makam Baginda s.a.w. dan sahabatnya saidina Abu Bakr, dan Umar r.a.

Pemandangan waktu senja bahagian luar sekitar masjid nabawi.. sebelum masuknya maghrib..  Hebatnya masjid nabawi ni, di waktu malam, payung-payung besar yang memayungi jemaah akan ditutup.. dan di buka apabila waktu siang.. Untuk melindungi jemaah dari pancaran terik mentari..

Beginilah keadaan Jemaah yang sedang menunaikan solat maghrib.. hii time ni awang terlambat sampai tu yang sementara nak tunggu imam bangun apa lagi, terus snap gambar.. bukan senang woo nak dapat gambar macam ni.. 
Paling syahdu ketika semua sedang sujud,.. terasa macam berada di tengah lautan manusia yang sedang menghadap Allah..kita ni terasa kerdil sangat.. Masya Allah
  
Seumur hidup awang, inilah pertama kali berada ditengah lautan manusia yang sangat ramai.. beberapa kali juga seusai solat isyak atau zohor, awang akan berdiri di satu sudut penjuru masjid berdekatan dengan pintu Babus Salam.. 
Hampir sejam awang berdiri di situ, namun jemaah yang keluar dari pintu masjid tidak langsung putus-putus, seolahnya satu empangan yang penuh dengan air, pecah dan mengalirkan air yang sangat banyak.. hampir 2 jam barulah hamburan jemaah ini berkurangan.. Subanallah, tak pernah awang terpikir begini sekali keadaannya.
 selepas waktu solat, kita dapat lihat ramai kumpulan-kumpulan dari pelbagai negara akan duduk berkumpul mendengar tazkirah dari ketua masing-masing. Macam-macam gelagat, rupa, bangsa,warna kulit, loghat, dan style boleh kita jumpa.. Subhanallah, memang awang takjub sangat dengan Kuasa Allah Taala yang satu ni.. Terlalu hebat.. 

Di bahagian luar dan dalam masjid disediakan air zam.zam.. satu yang menjadi tanda tanya, dalam sehari berapa banyak cawan plastik yang disediakan agaknya yek??? semua cawan-cawan ni pakai buang, so agaknya selepas cawan-cawan ni gunakan, adakah terus dibuang atau recyle balik??? itu PERSOALANNYa
kalo terus buang, peghhh berapa banyak ruginya tu.. bukan itu jer, tapi merosakkan bumi kot..yelah cawan plastik.. ahhhh
tindakan yang langsung x boleh terima.. Harapnya dorang recyle balik lah..huhuhu

sewaktu gambar ini diambil, teruk awang kena marah dengan budak perempuan ni.. ada sorang budak kecik myb adik dorang gak siap pukul awang lagi.. hahaha...Bagi kepercayaan dorang haram mengambil gambar wanita.. kalo tak silap dorang ni dari Afghanistan.. tapi buat bodoh jerla.. hahaha.

mengabadikan kenangan atas bukit pemanah.. 
di atas bukit inilah tentera pemanah Islam ingkar arahan ketua sehingga menerima kekalahan dalam perang uhud...
gunung dibelakang awang tu namanya gunung uhud, dan kawasan bawah yang penuh khemah tulah medan peperangan uhud.

Kawasan perkuburan syahid tentera uhud.. di sini jugalah bersemadinya bapa saudara baginda s.a.w. saidina Hamzah r.a. yang syahid dalam keadaan mengerikan.

Lagi gambar bukit pemanah 
Keadaan di bazar Kurma.. macam-macam kurma yang boleh dibeli kat sini..


Indahnya perjalanan ini tidak terhenti di sini... 4 hari di bumi Madinah, perjalanan diteruskan pula menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.. 

Selamat Tinggal Madinah, Selamat tinggal Ya Rasulullah, 
Perpisahan ini hanya Sementara.. Insya' Allah akan awang kembali lagi mengunjungi Mu.. 

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.