dAtE : 25 fEbuaRi t0 08 mAc 2014
vEnuE : MakkAtuL MukaRRamAh
mEmbErs : SafirGotRavEL
My sTorY
LabbaiKallahu Labbaik, labbaikala Syarika kalabbaik, Innal
Hamda, Wanni’mata Lakawalmulk, laa syarikalak…
Bacaan talbiah bergema dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke Mekah seusai meninggalkan Bir A’li. Pengalaman baru bagi awang bila En. Muhammad dari safirgotravel serahkan amanah untuk awang jadi ketua dan kendalikan kumpulan kedua seramai 40 orang.
Glups…tertelan air liur dibuatnya.. biar bebenor en. Muhammad ni. Dia tak tau ke yang ini kali pertama awang buat Umrah. Suka-suka hati dia je suruh awang. Mujurlah awang ni memang dah penuh bekal dengan ilmu haji dan umrah. Kalo tidak, mahu terduduk gak dibuatnya.
Kawasan Masjidil Haram yang sedang pesat dinaik taraf
Belom sampai Mekah lagi, ujian dah datang menegur. Berhadapan
dengan pemandu bas yang perengus, dan tidak mampu berbahasa Inggeris membuatkan
komunikasi kami menjadi parah. Cakap arabnya pula ikut longhat kampung belah
mak tiri nenek dia. Memang jahanam dibuatnya. Lagi bertambah parah bila awang
ditinggalkan pemandu bas seusai memijak kaki di bumi Mekah waktu mencari hotel.
Terkulat-kulat awang dibuatnya ditinggalkan sendirian dengan pakaian ihram. Apa
nak buat ni? Huhu
Alhamdulillah sampai hotel setelah berjalan kaki hampir 20
minit. Hampeh punya pemandu, geram awang dibuatnya. Namun dengan penat tidak
hilang satu lagi ujian datang. Jemaah di bawah awang ramai mengadu beg mereka
hilang. Bukan sorang tapi lebih kurang 5 orang. Semua dah meroyan macam orang
hilang anak. Nak tak nak terpaksalah awang uruskan, turun naik tingkat hotel
carikan beg. Okay sejam lebih akhirnya semua setel. Beg yang hilang dijumpai
kembali. Yang pasti telinga ni dah parah kena perli dan kena marah. Memang terbaek.
Akhirnya dapat juga melihat Kaabah di depan mata
Selepas chek in hotel, bermulalah episode mencari tuhan di
masjidil haram bersama 40 jemaah dan dibantu seorang mutawif terlatih dari
Indonesia. Pertama kali melihat kaabah di depan mata, seakan ada satu kuasa
yang menyentak hati untuk mengakui betapa hebatnya Kekuasaan Allah. Terasa diri
ini begitu kerdil sekali. Apalagi yang boleh dikatakan selain Syukur, Syukur
dan syukur. “Akhirnya aku dipilih menjadi Tetamu Allah” bisik awang dalam hati.
Pengalaman pertama kali melakukan umrah benar-benar mengusik
hati. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. Seusai bercukur dan dalam
perjalanan untuk pulang ke hotel pada jam 3 pagi, tiba tiba awang didatangi
oleh seorang makcik yang awang kira umurnya dalam lingkungan 70-an mengadu
tentang kehilangan suami, dan anak menantunya ketika sedang bersa’ie.
Mencari jemaah ditengah lautan manusia umpama mencari sebutir gula dalam lautan garam
Ermm, apa awang nak buat ni? Dah lah pertama kali awang
sampai Masjid Haram. Belom tau lagi selok beloknya. Ini terpaksa pula nak cari jemaah
hilang dikelilingi dengan lautan manusia… uuiii memang besar tahap gaban
cabarannya. Mahu atau tidak awang terpaksa juga mengambil peranan sebab awang
kan ketua. So tindakan pertama awang adalah menyuruh makcik ni bertenang,
Istighfar dan berdoa. Kemudian awang temankan makcik ni cari keluarga dia sampai jumpa.. Ketua yang Bertanggungjawab katanya,...
Bersama ayahanda melakukan ibadah saie
Alhamdulillah sepanjang 6 hari di Mekah, awang dapat juga
buat umrah sebanyak 3 kali. Dan kesemuanya buat waktu malam selepas Isyak. Buat
malam seronok sikit sebab tak panas, kalo waktu siang agak panas mencecah 40
darjah celcius, huhuhu…
Perkara yang paling mencabar buat umrah ni pada awang ketika
bersaie, terpaksa berjalan dari bukit safa ke bukit marwah sebanyak 7 pusingan.
Dulu dalam kepala awang, rukun saie ni dibuat di atas padang pasir, sebab dari
bukit ke bukit kan.. sekali rupanya silap daa.. saie dilakukan dalam bangunan
yang ada aircond je. Yang mencabarnya sebab kita ni tak pakai kasut, jalan
pulak atas simen.. memang tangkap betul kaki ni.. lenguh dibuatnya.. kawasan untuk saie ini ada 3 bahagian, tingkat satu yang kompom ramai orang dan boleh pijak batu bukit marwah, tingkat 2 dan 3 yang tak ramai orang.. awang lebih suka buat tingkat satu...
Sesuatu yang menarik di sini, kita boleh jumpa bermacam orang dari seluruh pelosok dunia dengan pelbagai gelagat. Dan disebabkan begitu ramainya manusia yang ada,
pelbagai fesyen warna sebagai mewakili identiti diri boleh kita jumpa. Biasanya
melibatkan jumlah kumpulan yang besar macam gambar di atas ni. Tujuannya agar kalo hilang senanglah nak mencari... ini kes yang biasa berlaku jemaah hilang..
Seusai melakukan ibadah umrah
Kawasan sekitar Masjid al-Haram. Waktu solat fardu kawasan ini akan penuh sesak.. dan tika itulah saat yang benar-benar membuatkan hati awang kagum melihat kebesaran Allah s.w.t..
biasalah, lepas buat umrah mesti penat, manakan tidak, berjalan jauh kot.. so kita amik tenaga dengan singgah di kedai-kedai tepi jalan cari makanan.
Biasanya selepas buat umrah, awang tak balik bilik tapi tidur di tingkat paling atas masjid al-Haram berbumbungkan langit, bulan dan bintang.. saat ni yang paling syok sekali.. dan waktu malam biasanya memang di sinilah port awang melepaskan lelah.. kalau siang memang tak lah sebab panas..huhu
Bergambar berlatarkan tempat berlakunya perjanjian Hudaibiyah antara baginda s.a.w. dengan penduduk Madinah.. tapi sayang kawasan ini tidak terjaga dengan baik.. Dan di sinilah awang mendapat ganjaran secara tunai atas keceluparan awang.. Huhu
Bergambar dengan ayahanda di ladang unta.
Mak awang pesan, kalau sampai di Jabal Rahmah jangan lupa mohon doa agar dapat jodoh. sebab mak awang bimbang sampai skang awang tak kawin lagi.. So sebagai anak yang mendengar kata awang pon berdoa lah moga dipertemukan jodoh, kalo boleh dengan neelofa, Ops..heheheh...
Bergambar di puncak Jabal Rahmah.. Ini bukit tempat pertemuan Nabi Adam a.s. dengan isterinya Hawa saat mereka turun dari Syurga.
Entah macam mana boleh pulak salah seorang Jemaah ni bawa bendera dengan mafla team JDT... so sebagai anak jati johor yang memang sapot JDT, apalagi luaskan kuasa lah... hehehe..
Mekah al-Mukarramah... akhirnya doa awang dimakbulkan Sang Pencipta Rab al-A'lamin.. Segala puji hanya bagi Mu Ya Allah yang memberi kemudahan dan jalan untuk awang berdiri di rumah Mu... Perjalanan ini sememangnya indah pada awang. Tuhan (Allah) tidak perlu dicari kerana sememangnya ia telah ada dalam diri. Apa yang perlu pada kita sebagai hamba Nya hanyalah perlu mendekati Nya sahaja.. Wallahu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan