Sekadar gambar hiasan...tak boleh bagi gambar dia yang sebenar..boleh di saman katanya..
My sTorY
Sebulan Yang lalu….
Sapa kata aku pengecut? Cakap! “ You Think I Can’t Live
without Coffee? I’ll prove it” getusnya geram.
Hati kegadisannya yang penuh dengan sifat sopan dan keayuan asli
melayu, yang selama ini ditatang dan dijaga seperti si anak kecil yang baru
lahir, yang suci seperti gadis sunti tidak pernah disentuh lelaki, terasa bagai
direntap-rentap, dikepal-kepal dan diramas-ramas tatkala membaca bait-bait cabaran
di skrin i-phone untuk tidak mengambil kopi selama sebulan.
Cabaran yang dia dapat atas keterlanjurannya sendiri. Mana
taknya, dia jujur menyatakan keazaman untuk tidak menyentuh kopi selama
seminggu. Namun kejujurannya mendatangkan satu malapetaka besar apabila dicabar
pula selama sebulan.
Cabaran yang dia dapat dari seorang cenonit yang seringkali menjengkelkannya.
Nasiblah si cenonit tu lebih tua darinya, kalo tidak! Mahu saja dia kepal-kepal
dan buang dalam tong sampah, sama seperti surat-surat cinta yang lalu. Ah malas
dia nak kenang balik, semuanya dah tinggal sejarah.
Ada sekali, si cenonit ni buat dia rasa bengang bila
dipanggil pelik. Pada si cenonit, orang yang makan lemang cecah dengan susu,
pelik. orang yang suka tengok katun boboiboy di usia yang lewat senja pelik. Orang
yang stress tak dapat kopi pelik. orang yang sanggup buat apa saja demi kopi
pun pelik.
“Eh! Apa yang peliknya?” Dia yang pelik.”
“Ahhh!...Peduli apa aku kalau dia nak kata aku pelik ke,
ganjil ke, atau alien dari planer zargus sekalipun, ada aku kesah, Aku langsung
tak ambik port, okay! Biar tak dapat choki, Den Dang atau Tora, semua tu aku
tak heran, semua tu aku tak pandang, yang penting aku dapat kopi, kopi, kopi”.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kini…..
Sebulan sudah berlalu. Segala jerit perih dan kesengsaraan
yang ditanggung selama itu hilang terbang bagai ditiup angin tatkala rasa pahit
menjamah dua bibirnya yang agak kusam. Pucat dek kerana lama sudah tidak merasa
kehangatan dan kepahitan rasa kopi asli.
Ibarat ikan yang baru mendapat air setelah lama mengeletik di
atas darat, begitulah perasaannya apabila rasa kopi membasahi segenap ruang inci
tekaknya. Apalagi yang mampu dikata melainkan desahan kecil, seusai kopi
melalui ruang halkum menuju ke perutnya yang sedikit berisi.
“aaahhhhhhh… aaahhhhhh…errmmm..enaknyaa,
Alhamdulillah”
Nafasnya turut turun dan naik dengan kencang bagai berlari
100m gamaknya, tatkala cecair hangat dan pekat hitam melalui tenggoroknya. Hidungnya
sedikit tak berapa nak mancung kembang kempis menghirup bau harum kopi yang
cukup dirinduinya.
Sungguh memang dia langsung tak duga, akhirnya berjaya juga
dia menghabiskan cabaran sebulan tanpa kopi. Sebulan yang baginya seperti
neraka dunia. Sebulan yang membuatkan tidurnya sentiasa diselimuti mimpi-mimpi
ngeri. Yang dia terpaksa hadapi semata-mata untuk tidak digelar sang pengecut.
Dan sekarang terbukti sudah, dia berjaya. Ya! Dia sudah berjaya
dengan jayanya.
“Yeah! Terbaeklah!”
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kisah di atas adalah kisah seorang geng awang yang suka sangat
minum kopi. Pantang tengok dan bau kopi, boleh jadi sasau sepanjang hari kalo
tak dapat rasa hirup. Awang tak pernah anggap dia seorang pelik sekalipun dia
memang kelihatan agak pelik. Satu yang paling respek, bila dia sudah stop minum
kopi Mcd dan starbuck sebab menyahut panggilan boikot walopon itu memang feveret
dia. Tak tau la selama mana dia nak boikot.. hehehe..
Ada sekali dia belanja awang minum kopi mcD, memang sedap pon
rasa nya.. tapi jujur lepas minum kopi tu memang awang jadi ting tong. Sepanjang
hari kepala awang sakit, berdenyut-denyut rasanya. So dia punya kesimpulan awing memang tak boleh
lawan dia dalam bab ni…huhu
Bagi sesetengah orang, kopi adalah satu rawatan terapi diri
yang paling hebat. Walaupun dalam kopi tiada unsur nikotin, namun kopi mampu
mempengaruhi keadaan diri seseorang. Buktinya my geng ni.
Well apa yang tertulis di blog ini hanya sekadar satu sisipan
writeup khas didedikasikan untuk geng awang miss Bago go sebagai ganjaran
kerana dapat sempurnakan cabaran awang. Ada 1001 kisah menarik yang melingkari
diri dia, namun hanya sedikit ini sahaja yang awang nak sisipkan. Mana tau
lepas ni dah tak jumpa dia lagi, so bila baca balik sisipan ni, pasti akan
mengembalikan memori-memori yang pelik tentang dia.. ahakz.
So Bago go, Well Done dan tahniah yek kerana anda memang bukan
seorang pengecut, dan anda sudah pun membuktikannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan