dAtE : 21 JuN 2014
vEnuE : GunUnG NuaNg, SeLanG0r
mEmbEr : sYa MiLk
My sTorY
Segala puji hanya khusus untuk Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.
Benar bagai dikata, kalo sekali kita dah tawan kinabalu, pasti ketagih jadinya untuk mendaki.. YA! itu yang awang alami saat dan tika ini.. perasaan untuk mendaki dan berdiri di bumbung dunia melihat kebesaran Allah begitu meronta-ronta dan meluap-luap sepertinya udara yang ingin keluar dari dua bibir punggung mungil kemerahan....
Lalu apalagi yang boleh membunuh keinginan yang sedang membuak ini selain dari mendaki...
Ada macam-macam cerita yang telah awang dengar tentang gunung
yang satu ini. Semuanya berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh sang
pencerita. Yang pasti! cerita yang disampaikan itu bukanlah cerita penglipur
lara yang sengaja direka sebagai lawak jenaka. Tapi cerita yang disampaikan itu
merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian sewajarnya.
Segala cerita yang pernah singgah di pendengaran ini didengar
seusai awang menjejak kaki pertama kali di puncaknya.
Ya! Awang pernah berdiri dipuncak gunung ini pada tahun 2012
bersama rakan-rakan UKSB. Dan itu merupakan pengalaman yang pertama kali
mendaki gunung. Pendakian pertama itu mengambil masa yang agak panjang. Tambah tolak
bahagi darab ada la Sembilan jam mendaki dari pintu masuk ke puncak dan turun
pula selama 8 jam. Jumlahnya hampir ke ke 18 jam. Dan tika itu juga awang telah
bersumpah untuk tidak akan menjejak kaki ke gunung ini. CUKUP! Ini pertama dan
terakhir.
Itu cerita dulu sebelum misi 30 bermula.
La ni, dek kerana nak menghilangkan rasa gatal mendaki,
ditambah lagi dengan kemahuan syamil yang merengek-rengek untuk menawan puncak
Nuang, maka prinsip dan keazaman yang sudah membeku dalam jiwa tercair kembali.
TAPI tekadnya satu, “aku takkan jadi seperti dahulu.”
Maka itu, seminggu sebelum Ramadan menjelma, awang dan sya-Milk
berbulat tekad menawan puncak Gunung Nuang sebelum siang melabuhkan tirainya.
Jam 3 pgi kami bertolak dari bangi. Tiba di parkir kereta
tepat jam 5 pagi sesudah menggalas perut di kedai mamak sebelum tiba. Turun sahaja
dari kereta, kami ditegur salah seorang pendaki. Dalam boraknya kami diberitahu
supaya berhati hati mendaki di awal pagi kerana selepas kem pacat, terdapat
denai laluan pak belang dan juga beruang. Dek kerana itu dia dan rakannya memulakan
pendakian seusai subuh berlalu pergi.
Glups,..apa lagi yang mampu dikata selain menelan air liur kecuakan.
Sudahlah pelbagai cerita misteri singgah di telinga, ditambah lagi dengan kisah
pak belang, memang cukup mendebarkan bagi awang.
Track menuju ke Puncak
Bismillah kami mulakan dengan tawakal menjadi bekalan
sepanjang pendakian. Bukan tidak mahu mendaki sesudah mentari menjengah tetapi
jika itu berlaku, bermakna malam juga yang akan bertamu saat turunnya nanti.
Itu yang kami tidak mahu. So tekad dibulatkan, kepada Allah diserahkan.
Perjalanan dari kaki gunung menuju ke kem lolo di tapak
perkemahan sudah cukup membuat hati diserang debar berpanjangan. Manakan tidak,
kami ditemani dengan gelap gelita alam yang turut mendendangkan pelbagai
bunyi-bunyian. Sies cukup menyeramkan!
Sehinggalah sampai di chek point ke 3, terpaksa awang
berhenti sehingga azan subuh berkumandang, dek kerana diganggu dari penghuni
alam. Manakan tidak seluruh tubuh tiba-tiba lemah menggigil kelemasan seperti
ada sesuatu yang cuba menghalang laluan.
Alhamdulillah, Seusai kewajipan ditunaikan, perjalanan
diteruskan sebagaimana yang dirancang. Kali ini tiada lagi gangguan, hanya desiran
angin bertiup sepoi disambut kicauan burung mencari sesuap rezeki di waktu
hening pagi. Adakalanya juga kedengaran teriakan beruk-beruk liar yang
bersahut-sahutan..
Terdapat 3 laluan pintu masuk menuju ke puncak Nuang.
akhirnya rekod Nuang berjaya diPecahkan.. terBaeklah
Jam doblas lebih tengah hari awang dan Symilk sampai
dipuncak. Matahari terik dipuncak awan ketika ini seakan tidak terasa kerana di
payungi ribunan pohon hutan. Suasananya
cukup indah, dengan udara yang begitu nyaman. Apalagi yang boleh dilakukan
ketika jika ini bukan melepaskan kepenatan dan cuba mengmbalikan semula tenaga
yang sudah hilang.
Tidur di puncak Gunung berpayungkan rimbunan pohon dan didendangkan kicauan burung... memang awesome giler.. Alhamdulillah Segala Puji Hanya Untuk Mu Allah.
Kami sudah! anda Bila Lagi?
Denai laluan hutan di gunung ini agak banyak yang berubah nak
dibandingkan dengan 2 tahun yang lalu. Namun laluannya tetap kelihatan cuma ada
sedikit kesukaran terutama ketika dibasahi hujan.
Apapun kami sampai di pintu masuk Nuang tepat jam 6 petang dalam
keadaan selamat. Alhamdulillah… pendakian ini telah memecahkan rekod sedia ada awing
sebelum ini dengan jarak masa yang lebih cepat 6 jam dari pendakian lalu.. apa
pun memang terbaek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan