dAtE : 14 Jun 2014
vEnuE : SePanG iNterNatioNaL Go-kArt CirCuiT
mEmBers : MaJins mEdia
My sTorY
Semua orang
tahu awang bukanlah pemandu kelajuan yang tegar di jalanraya. Biasanya ketika
memandu waima di lebuh raya sekalipun pulang ke Johor, kelajuan awang hanyalah sekitar
110km sejam atau adakalanya mencecah 120km sejam. Hanya sekali sekala mencecah
140km sejam bergantung pada situasinya.
Ya! Awang sangat menghargai nyawa awang yang satu ini. Sebab itulah awang segan untuk memandu dengan kelajuan yang luar biasa sekalipun kemampuan kereta awang boleh mencapai kelajuan yang lebih dari biasa.
Maka itu,
apabila diberi peluang untuk memandu Go-Kart dalam cabaran Media Tabung Haji,
ia bukanlah satu cabaran mudah untuk digalas.
Gila ke
haper? Nak suruh awang memandu jentera ni dengan kelajuan supersonik, sekalipun
dalam litar.. memang tak lah… Ibarat menunggu harimau Malaya bermain di World
Cup.. mustahil bukan?
Sebenarnya
bukan mudah untuk mengendalikan jentera ini dengan baik tanpa kemahiran dan
latihan. Apatah lagi bila pertama kali mencuba, memang failed lah jawabnya.
Ditambah lagi memiliki anatomi tubuh yang agak rendah seperti awang, lagilah
sukar untuk mengawal pemanduan, sebab tak sampai kaki nak pijak pedal minyak.
hahaha
Bunyinya macam funny kan? tapi itulah realiti. sampaikan awang terpaksa guna bantal untuk membolehkan kaki memijak pedal..
Namun, walapun agak sukar tetapi Alhamdulillah segalanya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Cuma di sisi awang, aktiviti perlumbaan ini telah berubah menjadi medan awang menguji pemanduan Go-Kart. Biarkanlah mereka yang mahir memandu dengan pantas untuk mengejar kejuaraan. Hehehe….
Memang sudah
lama awang ingin mencuba sukan permotoran ini, akan tetapi dek kerana tidak mempunyai
rakan-rakn yang sealiran minatnya, keinginan itu hanya dapat disimpan dalam
hati sahaja. Yelah, nak main sorang-sorang tu bukan tak boleh tapi tak
terasalah keseronokannya.
Bagaikan
orang mengantuk diberikan bantal, dapat jer undangan dari tabung haji, ini
memang tersenyum sampai telinga dibuatnya. Bertambah hapy main dengan free
pulak tu.. sapa tak nak kan..huhuhu
Sebenarnya
nak bawa go-kart ni bukan lah sesukar mana pun sebabnya dia cuma ada dua pedal
iaitu pedal minyak belah kanan dan brek belah kiri, kiranya budak sekolah
rendah pun boleh bawa.
Apa yang
penting adalah kekuatan tangan, sebabnya kereta go-kart ni tidak mempunyai
power stering sebagaimana kereta awang…so ketika nak buat lap memang terasa la
beratnya.. sebab tu sampai selekoh saje, jangan la gatal kaki nak pijak minyak lebih-lebih
kalo tangan tak kuat kawal stereng, mau terlajak dibuatnya, Silap haribulan lagi
teruk boleh terbalik..
lagi
bertambah haru, seusai sahaja memandu dalam trek, tangan kita ni dah macam kena
strok, kejang dan menggeletaq sekejap.. huhuhu.
Tahniah
kepada tabung Haji sebab berjaya menganjurkan program-program sebegini.
Disamping mengeratkan hubungan antara pihak media dengan tabung haji dan media sesama
media, malah ia turut memberi ruang, peluang dan pendedahan untuk Awang mencuba
aktiviti xtrem sebegini.
Xtiviti yang sememangnya sudah lama awang teruja untuk
mencubanya. Plus Credit kepada Tabung Haji sebab bagi helmet percuma.
Apapun ini memang terbaek sangat-sangat.
Thumbs Up 3x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan