Selasa, 17 November 2015

mY lEnSa 110 (d0n't mEss WitH an aNgeL)


eVenT        : HikinG, j0GginG, cHattiNg n dAtinG 2geTher
dAte           : 15 mAc 2o15
vEnuE       : bUkiT kLedAnG pEraK
mEmBEr   : its mY...


My sTorY..

Hari ini awang berkesempatan mendaki bukit Kledang. so pepagi lagi dah bangun n gerak ke sana ditemani yang tersayang. adalah juga teman dari x der kan..  ajak si landax n syamilk tapi dorang x der masa.. huhu nak buat lagu mana, selebriti katanya...

trek mendaki ke bukit Kledang katanya ada 4 pintu (laluan). Betul atau tidak, Wallahu a'lam.. tapi yang pasti kerana bersama princess so awang terpaksa menggunakan laluan Tar yang lebih mudah, santai dan ramai orang.. 3 laluan lagi sebagaimana yang dikatakan adalah melalui denai hutan. 

Nama pun nak joging sambil hiking jadi lebih mudah kalau naik melalui trek tar. x gitu.. hehehe

Sepanjang trek menuju ke puncak, ada berbagai kemudahan yang disediakan. bahkan di sini terdapat juga taman Bunga yang cantik lagi menarik..

Ini satu lagi kemudahan yang memang suka awang cuba, x lain memijak batu-batu sungai refleksologi.. kata orang kalau yang pijak terasa sakit kaki itu tanda dia x sihat... dan Awang pula Alhamdulillah tak terasa sakit, itu bermakna awang sihat la.

Ada juga mata air di pertengahan pendakian bukit ini. airnya sejuk boleh tahan la.. kalau setakat nak basahkan kepala itu okay la.. tapi kalu nak mandi di sini memang tak sesuai.

aktiviti di sini bukan hanya sekadar mendaki, tetapi ada pelbagai lagi antaranya menunggang basikal dengan lagak poyo, berkelah dengan keluarga, mencuci mata atau juga yang cuba menjaga kesihatan.. acah-acah mak enon la kononnya..

laluan kedua untuk ke puncak selain dari laluan tar


Brother ni bagitau awang yang dia naik dari trek hutan, nun di depan awang. so ada banyak pilihan bagi sesapa yang nak berdiri di puncak Kledang. cuma pastikan dulu mana treknya sebelum mendaki. bukan apa takut salah trek, boleh jadi sesat nanti..

Okay ini dia trek laluan hutan. nampak menarik dan teruja.. cuma time ni awang x brani turun ikut laluan ni. bukan apa kang naik tempat lain turun tempat lain, jauh pulak dengan paking kereta.. haru dibuatnya.

Nun jauh di sana puncak Kledang... 

bukit kledang ni memang lain dari bukit-bukit riadah yang penah awang daki, sebabnya kawasannya memang banyak disediakan kemudahan rekreasi untuk orang awam. bukan sekadar taman bunga bahkan ada pelbagai lagi kemudahan termasuklah yang di atas ni. so bagi yang nak dating n chatting ngan awek secara sihat sini tempatnya lah.. joging, hiking, n dating.. kalo nak cycling pon okay..

Subhanallah, punyalah cantik view ni. terbaeklah, kredit sikit bagi si photografer sebab pandai amik gambar..

Alhamdulillah kembali semula dari tempat mula.. so bagi sesapa nak datang sini jangan takut paking memang luas.. dan yang penting free tanpa bayaran.
apa pun trip mendaki kledang memang terbaik sesangat..

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.