Rabu, 23 Mac 2016

mY lEnSa 111 (LuSt FoR LiF3)

eVenT         : SeJuk & BasAh
dAtE           : 21 MaC 2015
vEnuE        : GuNunG iRau cAmeRooN hIghLanD
mEmbErs   : Si ChEtAt & LanDaq KerIng


My sTorY

Menjejakkan kaki di Gunung Irau langsung membawa ingatan awang kepada filem avatar lakonan sam Worthington dan zoe saldana. Gunung yang yang mempunyai ketinggian 2110 meter dari aras laut ini sememang sangat terkenal di kawasan tanah tinggi Cameroon highland selain dari gunung berinchang

sebelum daki meh amik gambar ramai-ramai di pintu masuk

Ramai di kalangan pendaki yang memperkatakan tentang kecantikan Irau namun segala kata-kata itu belum dapat awang terima selagi mana belom lagi menawan puncaknya. Dan sekarang, Alhamdulillah segala kata-kata yang singgah ditelinga berhubung kait dengan irau memang awang akui benar belaka.

Dah bergambar, kita warming up dulu kasi longgar otot-otot

Irau memang cantik seunik namanya. Namun untuk menuju ke pintu masuk bukan semudah yang disangka kerana terpaksa melalui laluan yang sempit yang muat satu kenderaan sahaja. so bila dah berselisih kenalah pandai-pandai cari tempat yang lapang untuk ketepi.. kalau tidak mau sagat kereta wooo.... lagi pedih bila bahu jalan agak tinggi dari jalan tar dan pemandu yang x mo bagi laluan.. yang ni memang haram jadah leee..

Dah longgar otot semua, dah panas badan meh kita stat Daki.. Bismillah..

trek laluan irau bermula dengan laluan tangga dan jambatan kayu.. so agak mudah dan sempoi sebenarnya.. xtualy ramai juga di kalangan pengunjung cameroon highland yang ke sini walaupun tidak mendaki.. mungkin nak melihat view menarik ..sekitar cameroon agaknya.. apapun ini inisiatif jabatan pelancongan di sana. . so bagi yang nak ke sini walau x mendaki Irau boleh la memandu sendiri atau guna kenderaan sewa.. cuma bagi yg nak memandu sendiri macam awang kata, laluan sempit so kena pandai lah yek..

tempat paking keta juga x lah besar mana pon, sekitar cukup 20 ke 30 keta rasanya.. so beter nak ke sini kenalah carpool reramai... kurangkan satu kereta satu orang... yek..
  
satu perkara yang paling awang benci dan benci bila mendaki gunung atau ke tempat-tempat riadah bila ada manusia spesis beruk yang tak de kesedaran sivik ni.. memang lagi haram jadah la dorang ni.. Grrrrrrr
kanina betol la..

Subhanallah memang sangat cantik laluan ke puncak irau ni.. cantiknya x boleh sebut dengan kata-kata.. memang kena datang baru boleh tahu.. 

Antara halangan yang perlu dilepasi bagi yang nak mendaki.. xtualy, walaupon ketinggian irau lebih 2 ribu meter dari aras laut, tapi jangan bimbang sebab boleh daypack je ke puncak.. no wory be hapy la kata orang jerman..

mossy, mossy, mossy... sejuk dan tenang jer..

walopon senang laluannya tapi akar pokok x bagi can punya... hahaha

nampak, ada macam avatar x bila jalan atas dahan ni..

ok kasi recas tenaga dulu...

dia punya halangan kau,jangan main-main, terpaksa gak merangkak bawah pokok.. trek laluan ke puncak agak mudah, cuma ada satu tempat tu ada cabang tapi amik mana-mana pon ok sebabnya nanti cabang laluan akan bersambung gak.. so bagi beginner yang ke sini jangan takut nak sesat... Insya Allah selamat.

Alhamdulillah sampai gak mini irau... kalau ini pertama kali datang pastikan jangan sampai terpedaya sebabnya ini belom sampai puncak lagi yek... baru mini @ anak Irau... ada satu laluan lagi yang perlu ditempoh sekitar sejam lebih gitu untuk ke puncak yang betol, betol punya puncak... Bapak Irau namanya..

hah! kali ni trek memang mencanak dakinya.. sabau jelah kalo dah ketaq kepala lutot tu.. sapu suh hang pukol malam tu  kalo dah tau nak daki sok nya... kan..

pokok yang ditumbuhi lumut.. awang rasalah pokok ini pastinya boleh sembuhkan penyakit dan bagi tenaga cam pokok suci avatar tu kan.. kompom punyalah..

agaknya lah kalo malam jalan sesorang ni mesti menangis ni... mana taknya sure ada yang bergayut-gayut cik pon atas pokok tu kan..Haruuu..
 tapi kalo waktu malam ada plak kunang-kunang yang dok terbang cam pairytale tu.. memang superb lawa rasa awang..

Hah yang ni dah macam dalam citer magnificent..berharap gak  kot-kot la pokok ni boleh berjalan n kuar suara semua kan.. tapi sayang harapan tinggal harapan.. kalo betul ada memang awang suh dia bawa awang g puncak.. x yah la nak penat daki..
  
che ta n landaq kering... senyum pon dah kelat.. chill la.. sikit lagi nak sampai ni..

sepanjang mendaki ke puncak, inilah pemandangannya, kiri kanan penuh ngan pokok lumut.. terbaek toq

tenang dan mendamaikan..

Eh! baru tadi berharap... Alhamdulillah ada gak pokok yang sudi bawa awang ke puncak.. dah penat jalan atas tanah,.. kali ni awang nak cuba pulak ikut laluan atas pokok ke puncak nun di sana.. nama pun avatar kenalah tunjuk skill kan..

Alhamdulillah! akhirnya sampai juga di puncak Irau @ Bapak Irau.. setelah hampir 3 jam mendaki... xtualy ini merupakan  latihan mendaki bagi kami berdua di kawasan sejuk sebelum ke Rinjani bulan depan... so  memang terbaeklah kan daq...

ops lupa nak habaq dari awal tadi.. Trip ke Irau ni sebenarnya awang bertiga ngan landaq n che ta menumpang group lanun rimba.. dorang ni otai gunung.. dan ini antara pertama kali join group hiking orang  lain.. selalunya awang ngan majin dectar je.. 

so bila dah join group orang ni kena pandailah bawa diri... dan satu yang paling awang terkejut dorang ni kalo daki memang gila kot, dah macam berkelah, mana taknya siap bawa rendang ketupat bagai.. makan besau kata kau.. 

selama ni kalo kami mendaki x dernya nak makan-makan besau cam ni..maggi pon x der.. cukup sekadar roti ngan air kosong jer ... bukan per bawa bebanyak ni, wat beratkan beg n beratkan perot.. silap haribulan kang sakit nak memulas plak.. haru kan..   

kesimpulannya, memang dorang ni otai gila..respex sangat.. hahaha..

Ha nilah otai-otai tu..nama pun lanun rimba.. seram wooo..

Apa pon terima kasih group lanun Rimba terutama bro syamil yang sudi bagi kami join  trip ni.. lu and the gang memang terbaeklah bro...tabik seminit tuk lu..hahaha.. akhirnya berjaya gak awang tawan Irau.. yahooo.. 

perjalanan turun memang mencabar kot.. ondaway turun sekali hujan lebat daa.... jahanam kasut adidas kampung awang terpaksa meredah trek yang dah tak macam trek masa mendaki tadi.....lagi parah bila kena tinggal ngan si landaq... awek punya pasal lu lupa kawan kan.. Janam-janam lah namanya..
phuiii..

apa pon Alhamdulillah, jam 5.30 ptg sampai kembali ke tapak pendakian n tempat paking keta.. 


Sepanjang turun menuju ke Berinchang tuk cek in hotel, Nah! ini pemandangan yang menjadi santapan mata awang.. ladang teh Boh.. tersangat cantik terutama pas hujan.. apapon memang sangat terBaaaEEklah..

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.