Ahad, 10 April 2016

mY lEnSa 113 (iT's too pAin.. BuT..!!!)

eVent          : pEnaWar kEtaGiHan kAtaNya..
dAtE           : 12 ApRiL 2015
vEnuE        : PinEtrEE HiLL buKit fRasEr PaHanG
mEmbErs   : Sya MiLk & LanDax KeriNg

My sTorY

2 hari seusai  menjejakkan kaki di Bumi Malaysia dari pulau Lombok. Rasa ketagih untuk mendaki begitu kuat menyerang kami bertiga. Mungkin semangat dari puncak gunung Rinjani masih tidak hilang dari denyut nadi. Rindunya pada rinjani membawa kaki untuk kembali mendaki. meneroka keindahan ciptaan Allah untuk sekian kali.

Penat? oh maafkan awang,  rasanya istilah itu tidak ada dalam hati kami saat ini.  perasaan mendaki tu meronta2 bak melihat nealofa berdiri depan mata dengan senyuman yang paling menawan.. alahai...Awang fikir perasaan ini pastinya di alami oleh sesiapa sahaja yang pulang dari Rinjani.

Kata putus diambil, Fraser Hill menjadi tempat melepaskan segala gian yang sudah bertakhta dalam diri. Kenapa Fraser Hill? sebab ini tempat yang paling hampir dengan KL. (xtualy, hampir semua gunung area selangor dan yang berhampiran dah daki, cuma pine tree hill je yang belom..hihihi) 

Alhamdulillah, perjalanan dari Bangi ke Bukit Fraser berjalan lancar, walaupun ada ketikanya awang dah mula goyang kepala dek laluannya umpama ular yang dipalu.. sebelum mendaki meh kita amik gambo tempat-tempat yang menarik, katanya...

tak besar manapun bukit fraser ni, tapi dia punya pemandangan ala-ala macam di eropah gitu,  kata oranglah.. yeke? tah awang pon x sure sebab tak pernah g eropah.. tapi kalo setakat gambar kusi macam ni dah kata ala-ala eropah,..ermmm...  memang kanina la jawabnya..
  
oklah, nak jaga hati syamil, layankan bergambar.... hihihi..

okay, ini laluan nak menuju ke tapak pendakian. sbnarnya kami sesat nak cari pintu masuk ke pine tree hill.. mujurlah ada berader tu bagi penunjuk arah, jumpa bangunan hotel ni pastu belok kanan ada laluan, terus je dalam 100 meter jumpalah...

Ini pintu masuknya, dekat jer dengan rumah orang ada-ada.... Nampaknya begitu semangat sekali mencari penawar ketagihan,, katanya...hahaha... So pine tree hill, dah sedia ker, kami nak kekah ni...

permulaan trek mula menuruni tangga yang agak panjang laluannya.. memang saja nak manja-manja kan kami yek, ingat kami kesah?

trek ke puncak tidak lah sesukar mana, memang boleh dilihat dengan jelas.. apatah lagi laluannya agak landai, cuma jaraknya agak jauh.. meh kita santai-santai..

ini antara laluan yang dilalui... 

ada pondok untuk berteduh barang seminit dua...

kalau nak lebih rare x yah la duk lepak pondok.. ha ni lepak dalam akar.. barulah macam orang hoabin tu...

hampir dua jam meredah trek laluan santai, kali ni kita main panjat-panjat pulak yek.. agak tinggi gak dalam 5 meter agaknya... itu ikut perkiraan awang yang memang failed ilmu hisab... jangan ingat mudah, sebabnya kena panjat guna tali... bagi yang memang dah biasa mendaki macam awang, agak mudah lah..tapi yang x berapa nak biasa ni..ermmmmm,, aaaaa lu pikir lah sendiri..

Alhamdulillah sampai kita di puncak Pine tree Hill setelah berjalan hampir 3 jam.. macam ni lah puncaknya pine tree Hill dan tiada beirut di atas ni...

amik gambar barang sekeping dua.. pasni kita nak gerak ke twin peak plak...

Cubaan membuat muka comel... nampak ada kejayaan di situ..

Dalam 45 minit kami sampai di satu lagi puncak yang namanya twin peak..kat sini boleh nampak view dengan jelas berbanding di pine tree hill.. jom layan pemandangan..asyiiiikkkk

tu diaa... khatam sudah dua puncak ini hari... terubat lah sudah ketagihan ini.. apa pun memang terbaeklah...

turun dari puncak tak der lah masalah, cuma kami agak keletihan sedikit.. tapi still okay je... yang mendatangkan masalah bila stage akhir, terpaksa kembali mendaki anak tangga yang jumlahnya awang rasa dalam seratus buah... mak oi.. tapi masa turun terasa macam anak kandung, nak balik ni dah terasa macam anak tiri lah plak.. dia punya laluan bukan manja lagi, tapi dah memang kena dera... aduilaaa.. nasib time ni ramai awek-awek comel lotee yang sekali jalan ngan awang.. so ader la pembakar semangat di situ..hiiiii

tapi yang paling rare, ada la plak awek manis tegur... rupanya la student awang dari upm... woit,,apadaaa...kat sini plak kita leh jumpa ek.. 

apa pun, Alhamdulillah.. khatam sudah Pine tree Hill... akhirnya terubat gak rasa ketagihan itu... apa pun trip ni memang terbaeklah sesangat.. (sesangat tu sebab ada awek comel merangkap student  yang tegur..ahakz)

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.