Khamis, 7 April 2016

mY lEnSa 112 (riNjaNi : de' GreAt EupHoriA)

EvEnT       : Misi MeNawAn RinJani
dAtE          : 03 - 09 apRiL 2015
vEnuE        : GunUng RinJani, KePuLauAn LoMboK
mEmBers   : LanDax KerInG, Sya MiLk, aiDiLi sAd0, & aSri sUarEz


My sTorY

Andai ada yang bertanya apakah pencapaian terhebat sepanjang awang terlibat dalam arena pendakian, nah inilah bukti yang dapat awang tunjukkan untuk saat dan tika ini. Gunung Rinjani destinasi yang telah ditetapkan seusai khatam pendakian di Gunung Kinabalu setahun yang lalu. walau pada awalnya tampak ada kesukaran, namun bila hati telah ditetapkan, Alhamdulillah ia dipermudahkan.

Jom Kita Terbang... Lombok kau tunggu aku datang...

G-trek lodging & trekking.. suasananya cukup tenang dan mendamaikan..tapiii sejuknyaa... 

Usai menjejak kaki di bumi Lombok kala gelap menutup alam, kami terus ditemukan dengan pak supir yang membawa kami terus ke penginapan di desa Sembalun iaitu pintu masuk menuju ke puncak gunung. Nak menuju ke sini laluannya memang sangat lumayan bak kata orang bagai ular dipalu kayaknya. ibarat dunia tersembunyi, desa ini dikelilingi gunung dan hutan tebal.

18 jam, itulah tempoh masa pendakian menuju ke puncak gunung setelah tambah tolak masa berehat diambil kira. Sememangnya bukanlah satu perkara yang mudah, sementalah lagi, menggalas beg seberat 10 kilo di bahu, mengerah kudrat awang semaksimanya.


Nun di sana puncak gunung yang ingin di tawan. time ni memang agak ketar jugalah sebab tak tahu dapat tawan or tidak.. 

Ditemani empat orang rakan bersama seorang guide dan empat orang porter, kami terpaksa mengharung bukit bukau kebun-kebun sayur penduduk tempatan. Merentasi hutan lalang yang saujana mata memandang, seakan hutan savannah di Afrika yang hanya terik mentari memanah tubuh, serta hutan pokok pine yang diselubungi kabus tebal.

Pada sebelah malamnya pula, suhu mencecah hampir 8 darjah celcius seakan menggigit-gigit hingga ke tulang, walau telah dibalut dengan tiga helai baju tebal. Terlalu sejuk terutama apabila angin kuat datang menyapa. time ni hingus meleleh-leleh tanpa dapat ditahan-tahan..

Trek laluan selebar kurang setengah meter, manakala pendakian kami hanya diterangi lampu suluh dan cahaya bulan mengambang, memaksa langkah dihayun dengan cukup berhati-hati. Di kiri kanan laluan adalah gaung yang sangat dalam, tersilap langkah buruk padahnya.

Pendakian kali ini sememangnya terlalu sukar bagi awang. Apatah lagi ketika melalui laluan penyesalan iaitu 400 meter sebelum sampai ke puncak gunung yang seperti empat kilometer jauhnya. Di laluan inilah sebenarnya kemuncak cabaran paling sukar bagi sesiapa yang ingin berdiri di puncak Rinjani. Dan ini jugalah yang menentukan betapa kuat dan konkritnya azam untuk berada di puncak Rinjani.


Sebelum mula mendaki, para porter akan berkumpul mengangihkan bekalan makanan yang akan dibawa... paling rare, dorang ni mendaki pakai selipar jepun jer..diulang, pakai selipar jer..ok.. memang gilerrr lahhh

Dengan laluannya yang mencanak setinggi 70 darjah, setiap tiga atau empat langkah yang dihayun sama seperti satu langkah sahaja. Sangat sukar kerana permukaan tanahnya yang peroi berpasir seperti pasir di pantai, membuat kaki awang terjerlus dan menggelongsor ke bawah. Di tambah habuk pasir yang sesekali singgah mencuit mata serta udaranya yang menipis, menggetirkan lagi pendakian ini. arhhhhhh semua ni memang kerja giler... kenapa mesti aku buat benda bodooohhh ni.. bentak awang dalam hati.
Namun, inilah antara cabaran, dugaan dan pengorbanan yang mesti ditempuh untuk meraih pengalaman manis berdiri di puncak gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. Suatu kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila dapat berdiri di puncak gunung Rinjani... 

"yaaahhooooooooooooooooooooooo akhirnya aku dapat juga sampai di puncak.." jerit awang dalam hati sekali lagi. (tak boleh jerit guna mulut, itu antara pantang larang atas gunung)


Gunung Rinjani mempunyai ketinggian 3726 meter dari aras laut merupakan gunung yang cukup terkenal di kalangan pendaki yang ingin mencabar potensi diri. Apalagi ia gunung berapi yang masih aktif, dengan bentuk muka buminya yang mencabar sesiapa sahaja untuk berdiri di puncaknya. (kan awal tahun ni dia hembuskan debu tebal, bahaya wooo)

Kita bergambar dulu sebelum mula mendaki .. time ni memasing teruja + terketaq2 lutut. apapun ini pengalaman kita, berjaya atau tidak biar Allah yang tentukan k.. kipidap

Pemandangan dari puncak gunung sungguh menakjubkan. Dari sini pendaki dapat melihat kawah gunung yang dilitupi dengan tasik yang menghijau. Di tengah tasik pula terdapat satu lagi gunung iaitu Barujari, yang menjadi pusat gunung serta masih mengeluarkan asap sulfur dari perut bumi.
Bagi awang, kepuasan menikmati pemandangan di puncak gunung ketika ini dirasakan berganda-ganda banyaknya. Bukan sahaja dapat melihat matahari terbit dari atas puncak Rinjani, bahkan juga diberi peluang menikmati keindahan gerhana bulan serta bulan mengambang sepanjang laluan ke puncak, Maha suci Allah yang memperjalankan awang menuju ke puncak Rinjani, ini menjadikan ia pengalaman terlalu mahal pada awang. Lebih mahal dari harga beg Gucci datok Vida.... kau hadoo?

Antara laluan yang perlu ditempuh untuk ke puncak Gunung. Boleh awang simpul laluannya mempunyai pelbagai level, bermula dengan laluan jalan tar, kemudian laluan kebun sayur, hutan atau padang lalang, hutan pokok pine yang habis terbakar dan diselubungi kabus, kawasan berpasir yang langsung tiada pokok (ini laluan terakhir ke puncak), lereng-lereng gunung, lereng dan bukit yang penuh dengan longgokan batu-batu besar bertaburan merintangi jalan, serta yang terakhir hutan tebal dengan trek laluan yang basah.. senang citer Pemandangan setiap laluan berbeza-beza dan punya pemandangan yang tersangat-sangat-sangat cantik sekali.. Subhanallah.

Porter dan guide yang membantu kami. Bab-bab bawa bekalan makanan, barang penginapan dan masak makanan semua mereka uruskan... kita as a hikers hanya perlu bawa barang sendiri sahaja...
tapi dorang ni memang giler powerlah, bukan sahaja dari segi kekuatan bahkan kepantasan walau hanya berselipar jepun... selipar yang korang bawa g jamban tu...
Belakang tu puncak gunung yang dilitupi awan... jauh lagi perjalanan kami ni...alahai...

Nah!... ini antara laluan kami yang sempat awang snap.. ada banyak lagi laluannya cuma tak sempat snap... kalo dah setiap jalan awang snap.. mau seminggu berjalan... hiii... apa pun memang sangat cantik....terutama tika berjalan dilereng-lereng gunung.. paling best ada kalanya kabus seperti gula-gula kapas duk lalu depan kita.. memang dapat terasa wap air...

betapa giler porter ni angkut barang semata mencari sesuap nasi..bukan sekilo dua ok.. tapi 10 ke 20 kilo..
menurut kata mereka, bayaran untuk sehari sekitar rm 20 hinggit duit kita, dan kalau ada barang pendaki yang hilang, tau dek bos, gaji dorang semua akan di potong.. tapi keja dorang memang teruk lah... kesian siot..

kau tengok punya jauh lagi nak sampai ni...

yahhh... inilah dia Laluan penyesalan, ini antara laluan sangat getir untuk dilepasi sebelum berjaya ke puncak... kat sini memang nak nangis lah, hanya mental yang kuat jer boleh lepas... dua dari kami tewas di sini... nampak macam mudah kan..tapi ini paling susah.. gambar di ambil dari puncak Rinjani..

Gaung kiri kanan, cuak siot .. ini laluan penyesalan dengan pasir yang peroi...melangkah setapak gelongsor kebawah, langkah lagi, gelongsor lagi..itu la dia punya susah.. tu belom datang angin kuat lagi....terpaksa tunduk or duduk, kalo tak, terjatuh memang tiada maaf la, goodbye jawabnya..huhuhu...Tapi bila dah dapat lepasi laluannya ni, perhhhh....dia punya perasaan macam kau dapat kawen dengan nealofa...

Alhamdulillah..akhirnya sampai jua... Lihat dunia awang sampai di puncak..hehehe

hanya awang, sya milk & Landaq Kering jer berjaya ke puncak, asri suarez dan aidili sado, huhuhu...syahid di tengah jalan... xtualy dah rancang kalo sampai nak pakai baju melayu dan kibarkan banner Daki awan.. tapi dek kerana angin yang kuat dan suhu yang gila sejuk, plan x dapat direalisasikan.. tang banner tu pun x dapat kibar sebab yang membawanya tak sampai...hampeh..

nampak matahari tu, dekat je dengan kepala.. jangan ingat panas, sejukk...k

Puas dah kat puncak..jom kita turun... turun pun payah gak, kena kawal keseimbangan...

kawah gunung yang telah menjadi tasik..asal dulu ni puncak gunung, bila dia meletus ratusan tahun dulu, so puncak tu hilang dan jadi lah tasik /(danau segara anak) Ditengah tasik tu ada gunung barujari atau pusat gunung yang mengeluarkan asap sulfur dari teras bumi... cantik sangat ciptaan Allah ni..

Kehijauan tasik dari puncak gunung... ohsem bro.. best nya lagi bila datang awan langgar kau dari puncak ni.. terasa kau macam jadi goku sekejap dengan awan guling dia...

Nun di depan kami, Gunung Sangkareang, kata orang tak der sapa yang berani daki gunung tu sehingga ke puncak. Menurut Kepercayaan penduduk di sini  ada mawas besar (macam bigfoot la) yang dok jaga puncak tu. .. 

Dan laluan kami seterusnya nanti akan tempuh laluan disebalik gunung tersebut.. punyalah jauh kan.. Mampu ker???

Hari Kedua usai turun dari puncak, terus kami ke Danau Segara Anak.. di sini kami akan tidur satu malam... Tasik ni yang kita nampak dari puncak gunung tadi.. dan kata guide, dasar tasik ni tak ditemui.. so tak tau berapa kedalamannya.. 

Tak dapat kibar di puncak, kibar di sini pon boleh la..yang penting ada gambar daki awan kan.. tu yang penting...hehehe..
Nah itu dia hasil kita... ikan di tasik ni bukan sahaja besar-besar bahkan mudah untuk dipancing.. pakai umpan roti pon boleh dapat... tak tau nak cakap samada ikan ni memang spesis bangang atau kebuloq... 

teka apakah ni? Hah! inilah tandas bergerak kami.. tapi cuma boleh buang air kecik jer... jangan mengada nak buang air besar.. jahanam dibuatnya nnt... kalau nak sangat memberak, gi je la dalam semak tu... tapi paling win sekitar kawasan ni memang kuat bau tahi... ramai memerut rupanya... hampehhh..

kawasan kolam air panas... memang terbaek bro..dah penat sebab dua hari tak mandi, berendam air panas memang syahdu...

jom gambar dulu sebelum kita teruskan perjalanan..

Kopi lombok memang terbaek... ini minuman yang menemani kami sepanjang mendaki..
dia punya rasa dan penangan memang superbbb lahh.. start nilah, balik malaysia n sampai sekarang awang terus layan kopi.. kopi punya kopi...

apa-apa pon gambar dulu...hehehe.. 

Hah! inilah laluan di sebalik gunung sangkareang yang awang sebutkan tadi.... akhirnya sampai juga di laluan ini setelah seharian berjalan

Pemandangan dari lereng gunung sangkareang... Awan Guliiiinngg!!!hehehe...lautan awan memutih... tengok di gambar ni x lah menarik sangat, tapi kalo dah nampak depan mata, meeeemmmaaannnggg cantikkk sangat..terpesona awang macam tengok nealofa ....hiiii

4 hari 3 malam meredah hutan, gunung, tasik dan awan, akhirnya tamat sudah... apalagi yang mampu di kata.. Alhamdulillah, awang berjaya.. kami akhirnya sampai di pintu senggigi... Terbaek..

walaupun pewai, tapi kena senyum gak sebab dan berjaya kan...hehehe

Hari keempat, beginilah jadinya muka awang, terbakar..dah macam orang kena penyakit sopak plak... puncanya tak pakai sunblock atau protection.. so bagi yang nak mendaki, jangan lupa benda penting, cermin mata, penutup hidung, sunblock, dan tisu basah... sangat membantu anda..

Yang ini bukan penyakit kulit tapi ini peluh yang keluar dari kelenjar peluh tetapi terperangkap dalam kulit awang yang jadi  kering ... sian awang kan..

Gunung yang menjadi pasak bagi pulau yang terkenal dengan jolokan pulau seribu masjid ini hanya dibuka awal bulan April sehingga September setiap tahun. Bagi mereka yang sukakan aktiviti pendakian dengan cabaran serta pemandangan yang menarik, Gunung Rinjani Lombok adalah destinasi terbaik. 

Dan citer pasal pakej, awang amik pakej paling murah iaitu rm550 satu kepala selama 4 hari 3 malam.  ini agensi yang awang amik, rinjani trekking club. perkhidmatannya sangat bagus walaupun pakej kami paling murah antara tiga pakej yang ada.. perbezaan pakej ini adalah dari sudut makannya dan khemahnya sahaja. yang lain semua sama.. so apa lagi tunggu kalau nak rasa the great euphoria... trylah daki rinjani.. memang berbaloi baloi...k

Yang ini SANGAT SANGAT TERBAEK 

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.