Selasa, 13 September 2016

mY lEnSa 116 ( G.B.B. d0n'T WaiT )

eVenT       : SeMaraKkAn MerDeka
dAte          : 16 0goS 2015
VenuE       : GuNung BunGa BuaH GenTing HighLand
mEmBEr  : LanDax KeriNg, sYa MiLk & tHe P0yoS

My sTorY

Masa dan komitmen, dua perkara yang sangat penting diberi perhatian bagi setiap orang, dalam apa jua perkara termasuklah dalam lapangan mendaki. Dan dua perkara inilah yang menjadi prinsip awang sekian lama.  

So dalam trip ni, dua perkara ini yang menjadi isu utama. Puncanya kerana ada dikalangan majin yang tak bangun pagi dek kerana duk lepak kedai mamak sampai lewat pagi. Apabila balik rumah lewat, tidur pun kompom lewat, member yang dah sampai duk tunggu lama nak gerak x sampai2 majin ni dan call plak tak berangkat sebab kompom tidur mati. Yang ni memang tul-tul kanina.

Sudahnya kami gerak bertiga. plan asal, awang ajak gerak malam, then tidur dalam keta, sebab tak mau ada yang tak bangun pagi time nak gerak. Tapi ada yang bangkang duk kata boleh bangun pagi. Dan terbukti telahan awang benar.... memang lajak tidur...

Bertiga gerak dari Bangi, singgah RnR Gombak tuk sarapan dan tetiba majin yang kena tinggal call..baru bangun upanya.. so x mau bagi dia hampa, kita bertiga decide sanggup tunggu dia..  

Laluan menuju ke pintu masuk GBB... 

Ini percubaan kali kedua awang tuk tawan GBB.. sebelum ni (sebelum raya) dah plan n dah sampai pun kat hotel Sri Malaysia tu..siap tidur kat situlah ngan landax... tapi jam 6.30 pagi duk siap-siap nak daki tetiba hujan turun selebat-lebatnya sampai kul 10 lebih.. dah lagu ni, nak daki memang x semangatlah..maka terpaksa kita balik semula...

nah!.....ini dia trek pintu masuk ke GBB..mula dari sini berjalan yek.. dun wory trek dia jelas.. ikut jer sampai hujung..

mula nak daki memang rasa berat jer... tapi jangan bimbang, dah setengah jam, pas badan dah panas, mula la yang berat tu hilang sedikit demi sedikit...
Hah! si syamilk ni dah kenapa, nak buang angin ker..uishh x senonoh lah.. phuii

Dari laluan kita tadi, dah boleh nampak pemandangan kawasan pekan Gohtong Jaya.. oh! kehijauan gunung yang sangat mewangi udaranya...

kurang 40 minit jalan, akhirnya sampai hujung laluan tar.. teruskan lagi perjalanan..

sampai hujung laluan ni, trek dah mula berubah kepada trek yang lebih kecil...

ini trek nya.. teruskan saja berjalan, sampai penat.. laluan di trek ni jelas kelihatan..

Sepanjang laluan ni, x der pokok besar.. kiranya kiri kanan penuh dengan lalang dan pokok paku pakis..

Dah puas berjalan ikut trek semak samun, hah, kita akhirnya jumpa pintu masuk trek sebenar ke GBB.. mula trek ni, dah start dia punya cabaran sebenar.. trek ke puncak juga sangat jelas walaupun ditutupi dengan pokok-pokok hutan... tu dah nampakkan anak panah penunjuk arah..pe lagi folo jerla.

cukup cantik kasut kami ni kan..jangan kata kasut, baju seluar pun bercorak..tap jangan takut mak ada fabreeze, leh tanggalkan kotoran degil ni...hahahawau

Xtualy, harini nasib kami agak kureng sedikit sebab trek dalam kondisi yang tak cantik..(teruklah bahasa pasarnya) malam tadi hujan lebat so beberapa kalilah si landax kering dan the poyos jatuh terduduk.. licin katanya... awang cuma  mampu gelak besar jerla setiap kali dorang jatuh... tu lah sapa suh tak bawa tongkat...kan dah jatuh.

Alhamdulillah, dalam 3 jam mendaki, akhirnya sampai gak puncak.. tu pun ambil masa lama sebab treknya yang dah jahanam...kalo okay trek tu maybe lah lebih cepat... kat puncak ada beirut, so so lah kan..

Alhamdulillah, sampai akhirnya.. 

Kawasan puncak tak lah besar mana.. tapi satu awang musykil ni, dari start daki sampailah ke puncak ni, tak jumpa plak awang dengan bunga dan buah sedangkan nama gunung ni gunung bunga buah..ai! musykil, musykil... ker.. bunga ni merujuk pada dara, dan buah tu merujuk pada teruna...so nak bagi menarik dinamakan lah bunga buah, kalo gunung dara teruna x sedap kot..
Eh! tapi ikut logik lagi, teruna memang ada buah, n dara pun ada buah gak....so?

Satu lagi menariknya gunung ni sebab ada tumbuhan lumut..memang cantik dan menarik...rasa nyaman jer...hehe

Nampak tak tu? hah..tu la Genting Highland... leh nampak jelas dari gunung ni.. pemandangannya pun memang cantik... hijau dan lembut mata memandang..

apa pun Trip ni memang terbaek.. semarak merdeka katanya...

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.