Jumaat, 16 September 2016

mY lEnSa 117 ( Bukit KetumBar vs KemBaRa: noT dE' eNd )

eVent        : HikiNg TeRakHir seOraNg bUjanG
dAte          : 13 sEptEmbEr 2015
vEnuE      : Bukit kEtumBar CheRas & BuKit kEmBara AmpAnG
mEmbEr   : LanDax kEring

My sTorY

Sebagai seorang teruna, harini hari terakhir awang mendaki sebelum bertukar status minggu hadapan. So untuk mengekalkan stamina sebelum menempuh cabaran gunung yang lebih hebat minggu depan, maka dua puncak bukit awang cuba nak tawan harini.. Ketumbar dan Kembara.. manalah tahu kot-kot minggu depan tewas, haru dibuatnya..ahakz

Pemilihan dua bukit ni selain dari lokasinya yang berhampiran juga kerana cabarannya yang like-like sahaja.. awal-awal mak awang dah pesan "jangan kau nak daki mana-mana gunung, darah tengah manis ni. jadi apa-apa kang naya nanti". so kerana mendengar nasihat mak, awang pun daki bukit jerla.. tu tak kira derhaka kan, sebab pesan mak jangan daki gunung bukan bukit...

okay, so macam biasa dengan landax kering, pepagi buta dah duk melilau mencari mana satu pintu masuk ke bukit ketumbar ni.. cari punya cari siap tanya uncle india yang jual putu mayam tepi jalan, akhirnya jumpa gak pintu ni  kat jalan Ketumbar, Taman Cheras berhampiran dengan Kondo Ketumbar High..  tengok ada banyak keta paking, sah nilah tempat dia..

Pepagi memang penuh kawasan ni, rupanya masih ramai warga KL yang nak jaga kesihatan..hehe mujur dapat parking... so apa lagi jom kita start hiking.. nun hujung tu trek bermula.

Trek mula dengan mendaki anak tangga, lagipun trek mendaki santai je.. x der la teruk mana.. cuma satu yang tak berapa nak best tempat ni macam dimonopoli satu kaum jer.. yang tu pada awang okay lah, cuma yang tak berapa nak okay dan best bila dorang ni kebanyakkannya membawa binatang peliharaan time beriadah dan mendaki .. kalo bawa kambing ke, lembu, kucing atau waima harimau, awang suka la, x der isu pun... tapi bila majoritinya membawa anjing, tu macam x respek pengunjung yang berbangsa muslim yang beriadah kat situ.. 

tapi nak cakap lebih pun x guna gak, sebab sepanjang mendaki tu, yang awang perasan berbangsa muslim yang naik  cuma awang ngan landax jer.. jadi mungkin tu sebab dorang buat tempat tu cam dorang punya.. ataupun mungkin tempat tu memang dah diwartakan tuk bangsa dorang jer kot.. awang ngan landax yang menceroboh..haha..tahla.. tulis lelebih nanti dikata rasis.. phuii lah 

Tak sampai sejam mendaki, maybe dalam setengah jam, dah sampai puncak. yerla kot puncak, nampak ada pondok kat situ... uit, peluh tak kuar lagi dah sampai...

so tuk kuarkan peluh yang langsung tak mo kuar, apa lagi main buai la sambil duk perhatikan gelagat dorang... macam-macam gelagat ada,..hihihi
  
Dalam duk perati dorang semua tu, tetiba pandangan mata awang tertangkaplah beberapa ekor binatang.. mulanya ingatkan anjing or kambing, x pun tenuk atau badak, sekali duk perati lebih dekat alamak, rupanya lah babi hutan.. bukan kecik, besar macam anak lembu lah... pergghhhh memang babi tul la babi ni... ini pertama kali sepanjang mendaki gunung atau bukit jumpa babi hutan camni, bukan sekor, tapi berekor-ekor, dah macam diternak gamaknya.. yelah siap ada yang bagi makanan sume, n babi tu pun jinak dah.. hahaha! 

okay, bukit ketumbar ni memang luar biasa.. rasanya mungkin ada yang boleh buat barbeque babi ni kalo camping sini.. kiranya bahan makanan tak perlu bawa dari bawah... asli dari semulajadi..

Thumbs up sebab dah sampai sini dan nampak betapa x respeknya dorang ni... sebab apa, dalam perjalanan turun ada lah jumpa sorang mamat bangsa ni yang duk buat provokasi dan mengutuk kerajaan bagai.... so tahulah awang mungkin majoriti di sini adalah golongan kiasu yang sering disebutkan prof. Ridhuan Tee tu..  patutlah  x berapa nak respek kan... apa boleh buat, sabor jerla...

Apa pun, trip ke bukit ni masih terbaek walopon tak kuar peluh lagi, mana taknya jumpa gelagat satu bangsa yang macam-macam di sini.. lagi ohsem jumpa sekawan babi hehehe...dah jom gerak gi satu tempat lagi.. kita kejar masa ni...


My StoRy

Dari Ketumbar, pendakian di teruskan ke bukit Kembara yang terletak dalam kawasan Ampang pula. Pintu masuk dari bukit ni terletak di tepi pagar sebuah rumah banglo. Dan untuk makluman, bukit ketumbar dengan kembara tidak bersambung trek seperti bukit saga dengan bukit apek.. nak sampai ke sini kena cari landmark Kelab Selangor darul ehsan... jumpa kelab tu belah kiri, so jalan depan lagi sikit dalam 500 meter, jumpa plak selekoh dan rumah banglo belah kanan cam gambar bawah ni... terus paking keta tepi jalan.

pintu masuknya disebalik pokok besar dan tepi pagar rumah ..

Di tepi pagar rumah banglo ni ada lorong so susurilah lorong ni sampai hujung... mulanya awang pon tak tau, tapi mujurlah budak opis awang ni selalu g sini so dialah yang tunjuk jalan. kalo tak memang menjajau gaklah...

Nah! tu dia lorongnya.. pastikan kalo nak lalu sini janganlah buat perkara yang mencurigakan, kalo tak mendapat nanti.. 

terus jalan ikut lorong, then jumpa anak tangga, dakilah  sampai nanti jumpa satu kawasan kebun sayur.. tak besar pon kebun sayur tu. sampai sini pandai-pandailah bawa diri dan cari tempat untuk ke kawasan tasik hijau yang macam gambar bawah ni...

Tasik ni agak besar juga, dan agak menyeramkan. biasa ramai yang duk mancing kat sini.. tapi ikan apa yang ada awang x sure, maybe ikan arapaima kot, tak pun ikan Pangasius Sutchii... 

Okay, sampai tasik, cubalah jalan keliling tasik sampailah jumpa tangga nak menuju puncak bukit.. 
"aik dax! dah penat ker or takut? semacam jer kau tengok pintu masuk ni, ker kau ada nampak sesuatu? tanya awang, manalah tau kot landax nampak atau ada rasa sesuatu.. yerlah dia ni memang awang tau ada kebolehan merasa kewujudan.. cam alif 7 dimensi tu.. 

Pas landax bagi green light, so apa lagi terus lah naik... peluh tak kuar lagi ni sejak naik ketumbar pagi tadi...

Setengah jam mendaki, akhirnya sampai gak puncak bukit.. kat sini tak der orang.. syoklah melepak.. 

Okay! terbaeklah, sampai puncak gak walau peluh tak kuar..

Dua puncak bukit harini yang tak memenatkan dan tak kuar peluh, so nampak gayanya cabaran tuk next week punya pendakian gunung x der masalah kot nak tawan puncaknya... apa pun trip ni memang terbaek dan terima kasih sesangat pada brader zam...adios

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.