Selasa, 8 April 2014

mY lEnSa 84 (MiSi 30: SingLeT fLaG, TiDak KaLaH)

EvEnT       : RepEat
mEmbErs  : SYa MilK, aSri SuaRez, AidiLi
DatE         : 8 FebrUary 2014
VeNue      : GuNunG AnGsi, Ulu BenDuL, N9

My sTorY

Alhamdulillah... tidak mahu peristiwa lama berulang kembali, program kali ini kami rancang dengan berhati-hati... Misi kami menawan 30 puncak gunung dan bukit sepanjang tahun ini mesti direalisasikan juga...

 ini gunung ke-2 yang masuk dalam list secara rasminya "Gunung Angsi"
Minggu lepas hanya dapat daki sampai cek point 1 (tangga Batu)..  kali ini apa pun halangan kami akan tawan juga di puncak nya... 

Kesilapan lalu tidak akan berulang... itu yang tersemat dala hati awang
untuk mengurangkan kesilapan lalu, kami bergerak hanya 4 orang dan menepati waktu yang ditetapkan..
  
sebelum pendakian bermula... panaskan badan dan buat regangan otot... Aidili sila tunjuk cara

bergambar sebelum pendakian bermula...

track laluan menuju puncak turun dan naik... setakat ini masih okay lagi..

Ini tips... nak mendaki pastikan cari kawan yang satu kepala dan boleh dibawa berbincang... n yg paling penting punyai rasa tanggungjawab dan hati yang mulia..  sebb dalam perjalanan pasti akan ada yang mempunyai masalah.. maka itu kerjasama amat penting macam wonder pet..
"kelihatan syamil sedang mengikat tali kasut asri"
kawan mcm ni kita nak dalam hidup... okay

kawasan lapang ini akan anda temui seusai melepasi tangga batu.. track ini masih mudah lagi...


Xtualy awang x sangka selepas sejam lebih berjalan akan jumpa kawasan yang tidak mempunyai pokok2 besar... yelah sepanjang jalan sebelum tiba tempat ini kami dipayungi pokok besar setinggi bangunan 3-4 tingkat.. tetiba sampai sini.. "eh ada gak yang lapang upayanya"
 Siyes time mendaki ni x der langsung angin bertiup.. jadi memang terasa bahang panas menikam tubuh...huhu

mendaki gunung ni bukan sentiasa mendaki, ada juga tempat2 yang kita terpaksa turun pula,,, 

selepas hampir sejam mendaki dari tangga batu, ini kawasan terakhir sumber air yg leh ditemui.. so kalo agak2 air dah habis boleh amik air sungai ni... jernih dan segar rasanya...

selepas menyeberangi anak sungai.. hah kau.. bagi sebiji.,, track mendaki yang agak curam... di laluan inilah kedengaran suara sya mil yg mula mengeluh... tuk pengetahuan sya mil x pernah mengeluh dan dia seorang yang fit... tapi bila dengar dia mengeluh,,, okay awang faham laluan mmg macam haram... tinggi weii lenguh kaki...

Jangan ingat cabaran angsi mudah... selepas selesai satu azab dilaluan yg tinggi mencanak, seterusnya jumpa lak laluan yang perlu guna tali.. Dan Alhamdulillah time ni x hujan so track masih selamat... walopon x hujan, tapi dia punya panas membahang kot... 
"Ini aksi aidili yang tergelincir jatuh" Alhamdulillah selamat"

okay aidili... awak tu badan besar sangat, pi la jumpa ina jadi customer herbalife... hehehe

Ha nampak x? tinggi kan.. ini kalo hujan memang saja cari nahas la... licin yg amat kot... huhuhu

satu kepuasan katanya bila dapat naik track yang perlu guna tali.. 

Alhamdulillah... setelah 3 jam lebih mendaki melalui track2 mencabar.. dan harungi kepayahan....akhirnya singlet FLaG dapat juga berkibar di puncak angSi... TerbaeKlah

Kami Berjaya... so Anda Bila Lagi?

kawasan sekitar puncak... ada pondok didirikan... kawasan puncak agak besar juga...

puas berada dipuncak meghabiskan 1 jam dengan melepak dan menghilangkan penat... tiba masa nak turun... 
scene diambil ketika turun sambil menyanyikan lagu hattan dan warith... "ke jolobak ke jolobu" diketuai oleh asri Suarez.. merangkap abg kawasan k.pilah
lagu ini dinyanyikan kerana mengambil inspirasi dari salah seorang budak yang salah lirik ketika menyanyikan lagu ini..  
so natijahnya... sepanjang turun budak tersebut jadi bahan gelak kitaorang...  nampak cam x bek tapi sapa suh dia salah nyanyikan.. ha Hambik Kau..

perjalanan turun kami tidak ikut track yang sama sewaktu naik, tapi kami amik keputusan tuk ikut track yang akan turun di bukit besi.. 
rupanya kalo ikut track ni x la mencabar berbanding track dari air terjun.. 
dan track ini sering digunakan oleh pendaki yang ingin bersantai... 
buktinya, lebih kurang 50 meter akan jumpa kusi kayu tuk lepaskan penat.. sapa yang try basikal gunung pun awang pk sesuai nak ikut track ni..

Alhamdulillah... sampai juga ke bawah.. asri suarez membaca doa kesyukuran diaminkan oleh syamil dan aidili..

laluan lama di bukit besi...

3 kilometer jarak yang perlu diambil untuk sampai ke air terjun ulu bendul dari tapak paking keta tempat kami turun.. jauh tu, dengan laluan bertar...jgan ingat mudah... time ni awang terasa memang sungguh sengsara..huhu..

Aksi manja dari aidili dan syamil... kelihatan asri dah kepenatan.. nak senyum pun dah x larat.... hahaha...

singgah minum air sekejap di tempat tadahan air tepi jalan jer... memang jauh rasanya perjalanan kami... mungkin ada lebih kurang 10 km... penat memang penat... tapi kami tidak Kalah.. apa pun TERBaaaEkLaH.!

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.