Selasa, 29 April 2014

mY lEnSa 88 ( MiSi 30: sPin Ur LiFe )

eVenT         : PunCaK 6: BerCabaNg-CabAnG
mEmBeRs   : sYa MiLk & aSri sUarEz
dATe          : 23 mAc 2014
vEnuE         : BukiT GasinG,

My sTorY

cuaca hari ini panas.. pukul 8 pagi dah terasa bahangnya.. ini petanda baik bagi sesiapa yang ingin melakukan aktiviti outdoor..

Bagi awang cuaca begini sememangnya sesuai kalo dapat mendaki.. bukan sahaja badan sihat, bakar kolestrol n lemak...bahkan dapat pula pengalaman baru..

Jadi untuk memperoleh manfaat dari pendakian maka awang n sYamilk mengambil keputusan menawan pula bukit gasing yang terletak di Petaling Jaya.. Awang tau tempat ini pun dari hasil lawatan sambil belajar awang di blog-blog pendaki tegar.

melalui hasil lawatan awang ke blog-blog, ramai yang memulakan pendakian dari bahagian Petaling Jaya.. Namun entah kenapa awang boleh pulak mulakan pendakian dari kawasan Pantai Dalam.. 

So gambar dekat atas menunjukkan laluan masuk awang dari taman ini.. tah awang pon dah lupa nama tempat ni.. tapi yang pasti GPS awang yang membawa awang sampai ke sini..

mulanya konpius lah juga.. betul ker tempatnya disini...sebabnya pintu masuk tidak sama langsung sebagaimana yang tertulis dalam blog-blog majin pendaki..

jadi untuk mengesahkan laluan ke bukit gasing ni maka awang pun bertanya lah dengan penjaga tandas awam yang ada di situ.. menurut katanya memang sahih tanpa keraguan lagi.. 
so pendakian pun berMULA..

Mendaki bukit gasing ni sebenarnya terlalu banyak laluan-laluan yang bercabang.. macam namanya juga gasing yang berpusing.. so laluan kami pun macam tu gak... memang boleh pening di buatnya sebab berpusing-pusing.. itulah cabaran yang ada pada bukit..

sebagaimana yang awang katakan.. setiap bukit dan gunung memang ada cabaran dan keunikannya yang tersendiri.. 
jadi inilah cabaran yang terpaksa kami tempuh.. bagi yang sudah biasa di kawasan ini mungkin tidak mempunyai masalah.. sebaliknya bagi yang baru pertama kali macam kami, memang menghadapi masalah.

Bukit ini secara dasarnya tidaklah sukar.. terdapat banyak laluan mendatar.. namun terdapat juga beberapa lalaun yang terpaksa menggunakan kudrat lutut yang lebih.. gambar diatas boleh dijadikan contoh yang laluannya mencanak turut ada.. 

Mendaki pada hujung minggu di sini tidaklah terasa sunyi walau dikelilingi pokok-pokok hutan. Ini kerana terlalu ramai majin yang menjadikan kawasan ini sbg riadah untuk bersama keluarga..terutama dari golongan cina... 
 so jangan takut, kalo sesat pun bertanyalah pada majin-majin ini..

Papan tanda arah menuju ke jambatan Gantung.
 uzurnya... pihak yg bertanggungjawab, sila ambil perhatian.. 

Yea!!! selain keunikan laluannya yang bercabang-cabang, di sini satu lagi tarikan yang boleh ditemui ialah jambatan gantung sepanjang 6.78 meter...
jangan kata mudah... bagi yang gayat macam asri, ini merupakan satu laluan yang cukup mencabar.. 

aik sya milk,, steady jer.. TerbaeK kan?
hehe

Bukan satu atau dua, tapi 3 tarikan yang boleh anda temui di sini.. yeah Menara pandang atau Tinjau..
tapi naik atas pun x der view menarik boleh di saksikan.. sudahnya kami x lama di atas..naik sekejap.. terus turun..huhu... 

tinggi menara ni awang x pasti.. terlupa nak tengok dia punya ketinggian.. so sesapa yang nak tahu sangat kenalah datang sendiri.. baru awesome namanya kan..

sepatutnya si aidili sad0-sad0 ikut sekali kami hari ni.. tapi dek kerana semalam dia tumpah darah di bukit Saga.. so hari ni dia langsung x bangun-bangun sekalipun sudah lebih 50 kali panggilan telefon dilakukan..

Mungkin Trauma mendaki semalam masih x hilang..yelah, mana x trauma, betis yang selalu dibangga-banggakannya diserang pacat.. huhu..sian dia.. 
kami simpati dengan awak aidili..huhu

Asri suarez dengan muka penat + mengantuk.. 
tu lah, sapa suh tido lewat...kan dah penat..huh

Alhamdulillah.. sampai penamat.. apa pun memang TERBAEK...
kasi thumbs up ckit sya milk...hehehe

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.