Khamis, 17 April 2014

mY lEnSa 86 (Misi 30: SESAT)

EvEnt         : PunCak 4: Bee faMiLy
mEmbErS   : sYa MiLk, aIdiLi saDo-saDo, DauS noN sT0p, aUntY eLL, & iNa kaPas
DatE          : 22 FebUarY 2014
vEnuE        : GunUng ToK wAn, sEmEnYih

My sTorY

Membaca berita tentang 10 budak lelaki yang sesat sewaktu mendaki gunung Tok Wan beberapa minggu yang lepas, membuatkan awang tersenyum sendiri... tersenyum bukan kerana kesesatan yang dorang alami, tetapi tersenyum mengingatkan pengalaman yang sama turut kami tempuhi... namun sesatnya kami tidaklah sebagaimana teruk seperti dorang yang sampai menjadi tajuk berita hangat di media cetak maupun elektonik...

Bagi yang kurang ketahui, gunung tok wan terletak di semenyih... Nak mendaki hingga ke puncak perlu menawan dahulu 4 puncak Broga...  sesudah itu barulah teruskan perjalanan ke puncak tok wan...

Laluan track gunung tok wan sebenarnya agak tidak terjaga... Justeru itu tidak mustahil jika ada yang sesat termasuklah awang n majins Dectar.. puncanya kerana tracknya ditutupi dengan pokok-pokok kayu tumbang dan juga daunan kering. 

walaupun terdapat marking tali merah dan kertas yang diikat dan ditabur sepanjang laluan, namun pendaki perlu melihat dengan sejelasnya marking tersebut agar laluannya tidak tersalah arah... di sinilah kecekapan leader untuk menentukan laluan sebenar supaya destinasi yang dituju mencapai matlamat..

Helaian Kain dari Kitab Sanskrit Budha

yeah... dalam dok mendaki dengan penuh semangat membara, tetiba kami sampai di sebatang pokok besar... peliknya pokok ni sebab ada banyak kain-kain merah putih biru yang bergantungan macam bendera  sukan hari keluarga...dah tengok dari dekat rupanya ada makhluk dari alam mana tah yang gantung kain-kain yang bercetakkan tulisan kitab budha... mak aih ada yang dok menurun no. ekor ker kat pokok ni.. macam haram Jadah gak..  

Anak Panah Menuju pUnCak

perjalanan diteruskan..  setelah beberapa ratus langkah menapak, kami jumpa dengan petunjuk anak panah untuk menuju ke puncak..

ha!! Petunjuk ni lah yang menjadi sebab kesesatan kami dari track yang asal... puncanya sebab ada gambar kura-kura..  xtualy di sini terdapat track bercabang dua. .. anak panah menunjuk ke kiri, tapi masalahnya apa pasal lah dorang letak gambar kura-kura, x letak gambar lain.. 

bila dah letak gambar menatang ni, so mindset kami terus bagitau, laluan ini mestinya panjang n kemungkinan untuk ke puncak sudah barangpasti sangat memenatkan... Senang cerita lambat sampai..

Jadi dengan yakinnya kami ikut arah bertentangan.. nak cepat sampai katanya.. lagipun arah kekanan terdapat marking kain merah yang diikat pada pokok.. 

sudahnya, track ada, tapi dia punya laluan nauzubillah, berjalan dilereng bukit.. memang makan buku lali lah jawabnya.. sudahlah lereng bukit, laluan juga ditutup dengan pokok-pokok besar yang tumbang.. x ker cari masalah namanya tu.. alahai.. 

Ha macam ni lah lebih kurang tracknya... yang ini masih di kira okay lagi... tapi beberapa tempat, langsung x nampak track sebab daunan kering menutup laluan... Apapon Alhamdulillah selamat... x der lah sampai jadi tajuk berita...

nasihat awang, gunung ni x ramai yang nak mendakinya.. sebab tu track agak tidak terjaga..so kalo nak mendaki gak, g reramai n tengok tul2 dan ingat laluan supaya tidak sesat..

Flora yang terdapat di dalam hutan yang kami temui... menurut kata seorang aunty chinese yang kami jumpa, jarang pokok ni keluarkan bunga... myb setahun sekali atau 2 kali.. so kiranya kami ni kira bertuah lah sesangat dapat jumpa bunga ni... 

nama bunga x dapat dikenalpasti... tapi yang pastinya, pemandangan sekitar tu memang tersangat cantik.. 

Alhamdulillah, setelah hampir sejam berjalan dari puncak Broga, akhirnya sampai juga di puncak tOk waN... Puncak tok wan agak berbeza dengan puncak gunung yang lain sebab di kelilingi dengan pokok-pokok.. kalo x der papan tanda yang kata ini puncaknya.. sumpah memang semua x tau... kawasannya pun lapang dan mendamaikan..

Glory, Glory man United.. terbaeklah..
Mafla Flag berkibar di puncak To Wan..

Jom selfie.. ahakz..... xtualy ketika di sini aidili Sado-sado menjadi sasaran lebah..  tu yang awang letakkan nama Bee family..
apa pon trip ni memang terbaik..  sebab kami gerak sebelum subuh dengan harapan nak tengok matahari terbit di atas puncak.. tapi malangnya hanya dapat tengok dekat pekan semenyih.. hahaha..padan muka...

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.