Sabtu, 1 Januari 2011

mY lEnSa 22 ( KeRliPan DuniA )









Venue : Bukit Ampang
Members : Syahril, Asri & Zack


My sTorY

Dah masuk 5hb awang x update ruangan ni. X boleh biar lama2 nanti basi la cter yang awang nak tulis. Bukan awang x nak update tapi dah hampir seminggu awang terlantar kat rumah kesakitan. Awang diserang keracunan makanan, so nak tulis pon x der mood. Dah sampai hari ni, x boleh jadi ni, awang kna juga menulis, lagipun perut awang dah ok rasanya x bergelora macam beberapa hari yang lalu. Kalo beberapa hari yang lalu, huh rasa perut ni berpusar2 rasanya, macam awang duk dalam kapal Black Pearl. Pas jumpa doktor hari senin tu hari, n dah makan ubat baru la reda ckit. Tp makan ni memang nak jaga la, x leh sembarangan. Baru mula tahun baru dah kena dugaan macam ni,myb ni petanda yang tahun ni awang terpaksa menghadapi dugaan atau cabaran yang berat kot.

Menjelang tahun baru ni, dah 3 kali awang sambut kat bukit ampang, bagi yang x tau, bukit ampang tu adalah di sekitar ampang n kat atas bukit tu kita boleh nampak keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur. View dia memang sangat cantik terutama waktu malam. Ni pun kawan awang si syahril tu yang bagitau sebab sebelum ni dia memang tinggal kat ampang, so masa tahun 2009 tu dia yang sugest kat awang.

Tahun 2009 awang baru mula mendaftarkan diri kat ukm tuk master punya program, time tu x der apa benda yang nak dibuat, so awang ajakla dia g sambut tahun baru kat kuala lumpur, boleh gak tengok bunga api. Tapi dia cakap dia ader satu tempat yang best punya, boleh tengok satu bandaraya kuala lumpur termasuk genting highland. Mulanya awang x caya gak, tapi dia serius so awang pon jadi la teruja. Kita orang pegi berdua jer, mulanya nak ajak si zack, tapi dia cakap nak bawa awek dia sambut kat putrajaya. Sampai kat kaki bukit, mak oi! kiri kanan dah ader keta yang paking, biar betul ni, awang terus jer naik ngan harapan aderla kekosongan. Kiri kanan dah penuh dengan kereta,x per la, tawakal jer. turun jer bukit sikit, Alhamdulillah, ader satu port yang leh parking. Subhanallah pemandangan nya memang sangat cantik la, x tau nak cakap macam mana, boleh kata satu bandaraya kuala lumpur tu di terangi ngan percikan bunga api. bayangkan, bunga api yang di tembak di bukit bintang, kLCC, dataran merdeka, genting highland n beberapa tempat lagi dapat disaksikan sepenuhnya dari atas bukit tu. Memang giler superb cantik la. Cuma tahun tu awang x der lagi L110 so x der la gambar yang dapat dirakam. Habis jer bunga api dibakar, kita orang stay lagi, memang x leh nak gerak la, jalan tu dah berlapis2 ngan kereta. memang ramai gak warga kL yang nek atas bukit tu rupanya kan. Siap bawak anak bini lagi, dah macam berkelah pulak.

Tahun 2010 perancangan di mulakan juga, dengan harapan dapat la saksikan macam tahun 2009 n kali ni awang cuba la ajak si zack ngan asri. lagipun ubati kekecewaan si zack ni sebab tahun 2009 tu x der sambutan tahun baru di buat kat putrajaya, n yang paling menyedihkan x der bunga api..hahaha, tu laa awang ajak ngan syahril x nak, nak sambut ngan awek ha kan dah masuk angin keluar asap. Perancangan 2010 ni x la bagus sangat sebab masing-masing macam malas nak gerak, lepas awang paksa ajak baru dorang nak gerak, pulak tu nak gi amik sorang2 kat rumah. alahai ingat sampai rumah boleh terus gerak, ni tidak kna tunggu lagi dorang bersiap. memang tul2 lembab la kekawan awang ni. Dah kul 11 malam baru nak gerak ke bukit ampang, hui memang x sempat ni. sampai kat kaki bukit memang dah penuh, jalan pon dah stat jem. Sudahnya tepat pukul doblas kita orang masih dalam keta n x dapat la nak tengok percikan bunga api tu. kecewanya awang time tu. buat penat jer. untuk mengubati kekecewaan ni, so kita orang pun g la melepak kat warung atas bukit sekitar kawasan ampang. tu pun si syahril ni yang sugest gak. Nasib bek tempat yang dia bawa ni menarik,walau tiada kerlipan bunga api namun tetap nampak kerlipan cahaya kuala lumpur disinari lampu. So sambil makan tu kita orang pasang azam untuk tahun 2011 ni mesti pergi awal, ni kira perancangan setahun ni. kalo gagal gak x tau la nak cakap macam mana lagi..hehehe

2011 hampir menjelang, seminggu je lagi, awang ngan syaril dah pakat nak pegi lagi bukit ampang. kali ni x mau jadi macam tahun 2010 terperangkap dala keta. N tahun ni kalo asri ngan z lambat kita orang terus tinggalkan dorang. tu perancangannya. Khamis 2 hari sebelum sambutan, awang duk melepak ngan syaril n asri kat maple ridzwat. Memang maple tu jer la yang jadi port kitaorang, bukan per selesa dari ameer ali atau al-Fareez. kali ni Asri bersemangat nak join, lagipun tahun ni dia dah duk serumah ngan awang, x lupa kita orang ajak Zack sekali tp x mau la bagi harapan besar,. Zack ni bukan betul,kjap kata ok n kjap lagi mula wat perangai. Perancangan kali ni kita nak gerak pukul sembilan, tu pun selepas awang habis Kelas. lupa nak bagitau setiap selasa dan Jumaat awang ader kelas mengaji. x per tuk kali ni awang nak kasi habis awal,kalo biasa kul 9.30 habis kali ni pukul 9 dah tutup kelas, semangat ni x mau jadi macam tu hari.

walau sehebat mana pun perancangan manusia ni mesti x sempurna, macam tu la jadinya awang, kul 9.15 pun x habis lagi, alamak awang kna tutup sekarang gak kalo x mau kena marah nanti. Akhir kul 9.30 gak awang keluar kelas, bukan apa nak keluar ader pulak anak murid yang tahan nak tanya soalan, nak x nak terpaksa la awang layan sekejap. ni sah2 memang bingit telinga awang nanti. Sampai rumah, hah memang betul, budak si asri ngan zack dah siap tinggal nak gerak tunggu awang yang x sampai2 lagi.,Kat dalam kereta perh kena perli jerla memanjang.. nak wat camna kan memang dah salah awang. Lepas amik si syahril kat rumah dia terus kita orang gerak ke bukit ampang, time tu dah pukul 10.30, minta2 la x jem n sempat samapi.

Alhamdulillah, jem tu tetap ader tapi x la macam tahun 2010, n mudah la plak dapat paking.kiranya perjalanan dipermudahkan..huhu time tu belom 11.30 lagi so kitaorang pusing-pusing kat gerai makanan n cari port yang terbaek. Malam tu kawasan bukit ampang memang dah macam pesta la jadinya, gerai makanan penuh kiri kanan, manusia pon memang padat, cina, melayu india semua turun, arab pon ader..Awang memang x lepas tangan asyik mengambil gambar jer la..haha kan L110 dah dalam tangan so apelagi..bahagia rasanya, macam baru dapat anak pertama lepas 10 tahun kawen. Bayangkanla.

Tepat pukul 12 malam, riuh rendah jadinya bukit ampang tu, semua orang berdiri menyaksikan satu fenomena ajaib di sekitar langit kuala Lumpur. Dah macam cerita skyline masa tu, ( bagi yg x tau cter skyline tu pasal makhluk asing menyerang bumi pada waktu malam) seolah-olah kapal makhluk asing nak mendarat kat bumi kuala lumpur ni. Takjub ader, kagum ader, gembira pun ader. Sekali lagi dapat menyaksikan seluruh kuala lumpur diterangi percikan bunga api. Awang rasa hanya tahun baru jer la seluruh dunia ni diterangi percikan bunga api. n tahun baru juga la hari yang disambut seluruh manusia x kirala apa bangsa atau agama pun kan. Memang dasat r, dapat awang bayangkan, kan bagus kalo time ni awang ader kat kapal angkasa, mesti dapat tengok seluruh langit bumi penuh dengan kerlipan bunga api.Tah bila la baru dapat kan..kna aply jadi angkasawan dulu kot macam syeikh muzaffar tu.

Walaupun kali ni diserang ketidakupayaan tubuh untuk bergerak dengan baik tp bila berjaya melihat bunga api dikedudukan yang strategik n dapat lak snap gambar, semua tu dah membuatkan awang puas hati sesangat. Memang awang betul2 x larat masa tu, perut awang bergelora sesangat cuma awang kuatkan semangat juang jer tu. Yela, belom tau tahun depan dapat lagi x kesempatan tuk sambut ngan member macam ni. Kata orang zaman belajar n zaman bujang la zaman hidup yang penuh dengan keterujaan, kegembiraan, dan keghairahan.

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.