Isnin, 10 Januari 2011

mY lEnSa 24 ( S.a.H.a.B.a.T SeLaMaNYa )










members : Alip & noly vs eina, ella, zati & Yna
Venue : Lab FST vs Azura Restauran

My sTorY

Kau dan Aku adalah satu x kira apa, segala rintihan aku... engkau selalu ada.. (Aizat, Kau & Aku )Lirik yang puitis untuk di dengar selalu. Awang memang suka dengar lagu ni. Tabik spring pada pencipta lagu ni...

Sedar x sedar, dah lama rupanya awang bernafas kat muka bumi ni,Sykur Alhamdulillah, namun setiap sedutan nafas tu tetap buatkan awang tidak merasa puas, rasa macam nak sedut dan sedut lagi semahunya. Ni la yang dinamakan manusia. Walaupun telah lama diberikan peluang tuk hidup dengan lama tetap juga tidak impikan kematian sekalipun kematian tetap juga akan menjengah mereka yang hidup. Macam yang Allah firmankan melalui surah al-Anbiya' ayat 21. Tiap-tiap yang berJiwa akan merasakan mati.

Kawan, Sahabat, Teman atau apa sahaja entri yang boleh membawa maksud pada perkataan itu memberi signifikan yang sangat besar pada awang. Sejujurnya awang lebih rapat, mesra, jujur dan berlapang dada dengan golongan yang di gelar sahabat. Segala masalah dikongsi bersama, Susah, senang pastinya sahabat yang dicari. Nak gelak tawa, menangis, kecewa, duka, rahsia dan apa sahaja semestinya sahabat yang lebih dahulu mengetahuinya. Sahabat memberikan awang begitu merasai nikmatnya hidup sebagai manusia. Sekalipun sahabat tidak mempunyai pertalian darah ataupun jua secebis DNA yang sama, namun sahabatla yang lebih mengenali siapa awang yang sebenarnya. Bukan bermakna keluarga, abah mak n adik beradik ditangga kedua namun keselesaan menjalin hubungan, meluahkan segala yang terpendam dengan sahabat menjadikan ia erat dimata awang. Kawan sangat mudah di cari namun sahabat tiada galang ganti seandainya mereka pergi. Siapa sahabat di jiwa awang dan siapa kawan di mata awang?

Petang tadi, Alip dan Noly senior yang awang kenali sejak menyertai ko k teknikal mengajak awang untuk keluar bersosial malam. Walaupun dorang ni pangkat senior tapi sebenarnya awang lagi dewasa dari dorang, so korang kna panggil awang ni abang tau. Sebab dah lama x keluar dan kebetulan si noly tu ader kat bangi so awang terima la pelawaan dorang ngan hati terbuka. Asal pertemuan selepas isya' namun disebabkan noly ader komitmen lain maka dianjakkan ke pukul sepuloh. X perla, bukannya awang bz pon time tu. Sementara nak tunggu pukol 10 awang layanla cter no ordanary family. Pukul 10 bila alip amik awang, rupanya noly x siap lagi, so nak buang masa kitaorang lepak la kat decta sampai pukul 11 tunggu si noly ni. Ni la pompuan, nak kuar punya la lama amik masa, nak solek la, pilih baju la. memang awang boring kalo nak keluar ngan pompuan ni, cerewet mengalahkan artis, kalo x tunggu golongan hawa memang x lengkap la hdup namanya. Sian jadi lelaki kan. Pulak tu awang ni jenis punctual, lagi la berangin satu badan. pukul sebelas lebih kurang terus g ke Lab FST sebab katanya noli dah tunggu kat sana. Masuk jer dalam bilik lap, baru nak duduk tetiba kedengaran lagu Hapy bestday to you, hapy bestday to kechik, hapy besday to you. dinyanyikan.

Wah terkejut awang, perh korang wat kejutan rupanya, memang awang tul2 x sangka r. Pandai betul korang berlakon. ni la first time dalam hidup awang diberikan kejutan bestday dengan kek yang betul2 cantik tahap gaban, kena betul dengan selera dan citarasa awang.. Pandai noly pilih, baskin Robin lagi ( kek coklat disaluti eskrem strawbery ). Ya Allah,indahnya malam itu ko berikan pada awang. Terharu rasanya tapi x la sampai mengalir air mata, dah macam pompuan la kalo menangis kan. Ingat awang senang-senang nak menangis ker, ni air mata yang paling mahal la. x mungkin bazir camtu jer. Time putus ngan awek pon awang x nangis, inikan pulak....

tapi sejujurnya awang agak terharu bercampur gembira. Ini la yang dinamakan SAHABAT selamanya. sejujurnya dorang berdua ni adalah sahabat yang sangat awang sayang, x penah sekali pon dorang menyakitkan hati awang, apatah lagi membuat awang terasa hati berbanding kawan lain. Setiap saat bersama dorang memang akan menerbitkan suasana yang penuh dengan keceriaan,elemen gembira, hormon selesa, jiwa bertenaga,terasa dewasa dalam remaja dan sekalipun ader kesedihan ia hanyalah waktu meluahkan masalah yang terpendam. Sesungguhnya Awang betul-betul bersyukur kepa Allah swt dikurniakan sahabat seperti alip dan Noly. x pernah berkira dalam apa jua, kekadang terpikir apa perkara yang awang dah buat sehingga Allah swt kurniakan alip dan noly sebagai sahabat. Tuk korang berdua, memang terbaek lah, tu sajer yang mampu awang katakan. Moga kita kekal berkawan sampai tua, itu harapan awang. Pejamkan matamu untukku, Dengarlah dunia berkata-kata, Usah kau ragu, di sini tempatmu, Walau berubah dimata kita tetap indah, selagi kau percaya......


Buka matamu, biar aku memelukmu, Kita bersama, masih muda masih mentah kuharap kau masih percaya.....Balik malam tu awang dapat panggilan dari junior awang, azrin Sidek yang nak wish sambil nyanyi lagu bestday.. sorang lagi yang baek hati telah awang kenali. Dengan seikhlas hati dia ajak awang sambut bestday kat azura dengan Ella, ina dan zati. Wah apa mimpi ek tahun ni sampai dua kumpulan yang sambut bestday tuk awang. Sekali lagi awang terharu diberi kesempatan mengenali mereka-mereka ini. Tanpa mereka kat bumi ukm ni, hidup awang semestinya jadi boring gila tahap cipan la. 2 kali dapat makan kek, korang sememangnya kawan awang yang paling best. Terima kasih kepada ibu2 korang yang dah melahirkan dan membesarkan anak-anak yang sehabis baik macam korang. Walopon kekadang kita berselisih faham dan tidak sependapat namun hubungan antara kita tetap bersatu dan bersama. memang awang akui Kadang-kadang mulut dan gurauan awang agak keterlaluan dan berperangai macam kebudakkan namun korang masih setia berkongsi bahagia sebagai kawan. Satu yang membuatkan awang selesa bila keluar dengan diorang sebabnya dorang sentiasa membuatkan awang seperti remaja, berjiwa muda selamanya. Semoga kita kekal berhubungan hingga ke hari tua.Terbaeklah korang..awang tabik spring,,

Satu lagi yang buatkan awang rasa gembira yang melonjak indeknya sebab ramai kenalan lain yang memberikan ucapan, walaupun tiada sambutan. Dalam facebook, sms, oral n banyak lagi ucapan yang awang terima. Ucapan ini awang anggap sebagai satu ingatan yang sangat tulus ikhlasnya kepada awang. dan ini menjadikan awang tersedar kembali yang masih ader ramai lagi kawan yang still ingat pada awang. Suka korang ek meraikan hari kedewasaan awang. apa pun ucapan terima kasih yang teramat sangat dari awang untuk korang.. Harap sangat2 korang menjadi SAHABAT SELAMANYA...

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.