Sabtu, 8 Januari 2011

mY lEnSa 23 ( tElaH kU tAwAn aKhiRnYa )






Member : Syahril Master of Darkcreature
Venue : Bukit Broga Semenyih

My sTorY

Sejak kawan awang, cik Sheila Aspalela bagitau awang sebulan yang lalu tentang satu view yang menarik di sekitar semenyih, awang sentiasa dihimpit perasaan keinginan yang tersangat kuat mendesak-desak seluruh jiwa raga ini untuk menjejakkan kaki kesana. Beliau menyatakan disitu la tempat yang paling best untuk melihat matahari terbit. Bila awang try tengok dalam google, memang bertambah lagi keterujaan untuk menjejakkan kaki kat tempat tu. perh x sabar rasanya bila la kamera ni nak sampai kat tangan awang. Rasa menyesal giler bagi dia kat tangan orang lain. Setengah bulan yang lalu bila kamera dah kembali, tetap juga awang x dapat pergi ader saja halangan yang datang. Seminggu yang lalu, hati ni memang betul2 x tahan, macam dicarik-carik untuk pergi juga kesana tapi apakan daya, tubuh awang tetiba diserang ketidak upayaan untuk bergerak dengan perut seolah-olah berpusar-pusar dalam amukan puting beliung yang amat dasyat seperti yang berlaku di Ohio. Memang lembik la seminggu.

Semalam selepas seharian berpusing-pusing, meredah hujan mencari jalan menuju ke bukit Broga berpandukan pada firasat makrifat dan signboard, akhirnya awang temui juga lokasi yang dicari...oh kat sini rupanya, x la jauh sangat pon kira-kira setengah jam jer dari ukm. Ok cantik, dah tau jalan ni, nanti sok kna gerak, x leh tangguh dah ni. So pe lagi awang pun terusla ajak member yang skarang ni selalu kena dera ngan awang tuk temankan awang berjalan-jalan ni kalo bukan si syahril. Dia pon memang ok jer kalo diajak kemana-mana, cuma kena tahan ckitla telinga kalo dengan dia ni sebab si syahril ni suka bercerita. Penat awang nak dengar kekadang.

Hari ni, dengan semangat baru yang berkobar-kobar umpama ultraman yang baru cas tenaga dan mendapat kuasa matahari, awang menjalankan perancangan yang tertunda sebulan yang lalu. Rancangan mendaki selepas subuh x berjaya dilaksana sebabnya si syahril ni kna pegi pasar ampang n balik pukul doblas. So awang tunda ke waktu petang lepas zohor, lagipun harini cuaca redup mendung, x la panas sangat. sampai semenyih tetiba terasa rintik hujan mula melakukan serangan bertalu-talu ke seluruh badan awang. Alamak dah hampir sampai ni, ahhh... x kesahla hujan ker ribut ker awang tekadkan semangat. Puncak Broga mesti ku takluki harini juga. lagipun kawan awang ni x kesah so perjalanan tetap diteruskan.

Sampai kaki bukit, hujan yang renyai sebentar tadi mula berhenti seolah malu menunjukkan diri, Awang terasa senang hati, minta-minta la perdakian ini diberkati ilahi. Dengan perasaan yang penuh teruja yang tanpa henti, awang mulakan langkah mendaki. Laluan ke puncak memang dah tersedia so awang x la rasa susah, cuma ikut saja laluan pejalan kaki tu. Bila keghairahan n semangat tu sebati dalam diri so nak mendaki jadi steady x macam si syahril ni, dah macam nak mati awang tengok. sekejap-sekejap berhenti. tercungap-cungap, hahaha, tu la hang isap rokok, malas bersenam ha memang la x larat.Sian ko kan, memang teruk kena dera dengan awang. Nak sedapkan hati dia awang cakapla puncak x jauh jer lagi sikit tu jer. Tangan ni memang x lepas la tangkap gambar, kejap-kejap klik sana, klik sini.

Akhir puncak Broga dapat juga awang takluki.. Ya Allah, Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah swt. X dapat nak awang gambarkan dengan perkataan, memang cantik sesangat, knapa awang x tau ader tempat yang cantik macam ni dari dulu. kalo x dah lama awang pegi. rasa macam nyesal la plak 6 tahun kat Bangi baru tau ader tempat indah macam ni. Tapi yang x sedapnya sampai kat puncak jer terus panas terik, apalagi agak membakar la juga badan ni. kelaka ader kagum pun ader. ini la yang dinamakan kekuasaan Allah swt. Sepanjang pendakian tadi hutan belukar bila dah sampai puncak seluruh kawasan ni penuh dengan rumput lalang, menarik jadinya. Rupanya baru awang perasan, bukit Broga ni ader 3 bahagian, bahagian pertama kawasan kelapa sawit, bahagian kedua kawasan belukar n bahagian puncak kawasan lalang. Sekali lagi awang cukup kagum dengan kekuasaan Allah swt. Sampai bila agaknya khazanah ini mampu bertahan dalam dunia pembangunan pesat ni kan. tetiba awang terpikir. Pastinya satu masa akan datang bukit Broga ini akan mengalami pembangunan, dan sampai saat itu pastinya keindahan Broga hanya mampu meniti dibibir generasi akan datang tanpa dapat dinikmati mereka sepertimana awang nikmati sekarang. Mungkin satu masa nanti Broga akan menjadi memorial land macam nirvana tempat persemadian roh orang Cina. Sapa tau kan.

Satu jam berlalu sambil awang n syaril duduk menikmati keindahan ciptaan Allah swt ni, Bila semakin ramai orang yang mula sampaidan menjejakkan kaki ke puncak berbanding masa awang nak mendaki tadi, so awang n syaril mula mengundur diri. Cukup sampai disini mungkin lain hari akan awang daki lagi. Nak turun ni yang tetiba mencabar pada awang. Sudah la agak curam, kaki jadi lenguh sangat, kali ni giliran awang pula yang banyak berhenti n syaril pulak yang steady. Penat x leh nak cakap la, badan dah basah ngan peluh, ni kalo perah ni mau dapat segayung ni..huh haus nya x leh nak cakap da.. kna cari minuman penambah tenaga ni. Sampai kaki bukit dah macam nak jalan dengan dagu. ini gara-gara x buat pemanasan diri sebelom mendaki la ni. Memang penat gila tapi berbaloi sangat-sangat. pas ni awang nak panjat lagi, blom puas rasa hati.

Kepada cik sheila aspalela awang nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab memperkenalkan awang tempat yang penuh keindahan ini.

1 ulasan:

Sheila Aspalela berkata...

Ye sama2 cik awang fathi.. share la gambar pemandangan kt situ.. =)

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.