Selasa, 11 Januari 2011

mY lEnSa 25 ( NiLai TaNpa HaRGa )


My sTorY

Berharga dalam erti kata sebenar adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam pasaran kehidupan manusia. Unsur keberhargaan ini meliputi kepada pelbagai aspek yang dipengaruhi oleh individu sendiri atau masyarakat. Maka sesuatu yang dianggap berharga ini sudah tentu memerlukan penjagaan yang begitu teliti dalam setiap segi.

Dalam hidup awang, memang terdapat unsur keberhargaan yang tersangat, namun apa yang ingin awang kongsikan dalam ruangan ini berbentuk material yang sememangnya awang miliki hingga kini. X mungkin ader harga yang mampu membayar material ini sekalipun ditawarkan dengan berjuta harga. Nilai estetikanya tersangat la tinggi hanya nyawa yang mampu dijadikan galang ganti, cewah.. yeker..hahaha... Tapi sejujurnya andai satu masa material ini tiada lagi di sisi sudah tentu ia akan sentiasa ditangisi dan diingati.

Yamaha lagenda z 110 yang awang miliki ini adalah hadiah yang teramat mahal lagi mewah penah awang terima dari mak awang. Keinginan awang untuk menyambung pelajaran ke peringkat master telah membuka hati bonda tercinta menghadiahkannya kepada awang. Masa degree dulu pakai moto kriss tapi bila dah graduat moto tu awang bagi pada adik, then bila dapat sambung master balik dah tentu awang x der kenderaan, dengan sebab itulah awang diberikan moto baru..Terima kasih banyak2 yer mak.. sayang mak selalu. Sengaja awang pilih Yamaha Lagenda ni sebab awang minat gila ngan designnya ditambah lagi ngan warna merah..Fuhhh gempak r. Awang pilih warna merah sebagai lambang semangat jiwa awang yang sentiasa membara macam pemain-pemain manchester united. Lagipun merah tu kan tanda keberanian sesuai ngan awang yang gagah lagi berani. Minggu lepas bila tengok kat tV3 ruangan soal jawab ader tetamu jemputan tu menunggang moto modenas yang CC nya lebih kurang moto awang g London merentasi beberapa negara sesorang tetiba awang rasa macam tercabar jer.. X per awang dah berazam tahun ni bila awang dah siapkan tesis, awang mesti nak travel gak tapi x la sampai ke London tu, cuma awang nak try menunggang moto keseluruh semenanjung Malaysia pergi ketempat-tempat menarik sambil amik gambar. Mesti best punya,. kali ni apa nak jadi pun x kesahla yang penting misi awang mesti dilaksana. dah tekad dah azam ni, mesti nak buat gak..Yela be4 ni berazam nak pegi seluruh Malaysia termasuk sabah sarawak, dah berjaya, nak naik kapal terbang pon dan berjaya, so kali ni nak guna moto lak g semua tempat sesorang. Baru tul2 mencabar kan. hahaha. Berusaha awang..chaiyok2.

Sony Ericson model k700i, bukan hanset yang berharga tapi isi dalamnya yang tinggi nilainya. Awang sanggup kehilangan hanset namun x sanggup rasanya kehilangan data yang tersimpan. Cuba juga nak pindahkan data tu dalam komputer tapi x berjaya. Sudahnya bagi mengelakkan kehilangan hanset ni so awang beli satu lagi hanset baru, jenama nokia sebab nokia boleh simpan mesej dalam kad memori. Hanset sony awang simpan dan takkan awang gunakan bagi memelihara data didalamnya. Bukan senang nak dapat data yang ader dalam tu, mati hidup semula beberapa kali pon x akan dapat kembalikan data tu if hilang sebab data tu adalah diary hidup awang selama setahun dengan orang tersayang. Suka duka bersama menjadi kenangan terindah untuk awang. Begitu juga dengan 3 material lagi, tu juga pemberian dari seorang sahabat yang paling awang sayang sangat yang telah jauh pergi meninggalkan awang. hanya ini yang ditinggalkan untuk awang sebagai hadiah kenangan. Jadi sudah tentu akan awang simpan sehingga saat kematian menjemput. Bukan harga yang menjadi soal tapi keikhlasan pemberian darinya hingga menjadi tinggi nilaiannya.

Ya mungkin awang dapat membeli 3 material yang sama andai ia hilang dari simpanan namun nilaiannya takkan serupa dengan harga sebuah pemberian. Ya Allah izinkan awang untuk menyimpan material ini hingga akhir hujung nyawa awang. Berikan sebaik-baik nikmat pemberian Mu kepada insan yang telah memberikan nilai tanpa harga ini kepada awang. Semoga mereka dilimpahkan Rahmat dan maghfirah dariMu.

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.