mEmbEr : Sya MiLk
dAtE : 06 aPriL 2014
vEnuE : BuKit Pan0raMa Sg. LemBinG PaHanG
My sTorY
Kuala
lumpur-kelantan-terengganu-pahang in 2 days… wow jauh perjalanan yang terpaksa
ditempuh. Tambah tolak bahagi darab ada la lebih kurang 500km.. Ia sesuatu yang indah apabila perjalanan
sejauh ini akhirnya berbaloi. Berbaloi dengan menikmati keindahan yang tidak
terungkap dengan kata-kata.
Siapa sangka di tempat seperti ini ada bukit yang boleh di daki. bahkan di atas bukit ini tersimpan satu panorama indah yang sukar diungkap dengan kata-kata. Yang menjadi hamparan tatapan dan sajian mata menyaksikan kekuasaan sang Pencipta
Bukit
panorama, memang sesuai dengan namanya.. awang tahu tempat ini pun dari seorang
teman yang pernah mendaki ke sini. Menurut katanya, “kalo nak melihat bukti
kekuasaan tuhan, datanglah mendaki bukit panorama. Insya’Allah awang akan
terpegun.”
Benar bagai
dikata, Maha Suci Allah, bagai kerdil diri ini berdiri menghadap ciptaan Nya.
Indah! meeemang indah. So bagi menambahkan koleksi dalam list 30 puncak untuk
didaki, awang dengan syamilk tak melepaskan peluang untuk berdiri di bukit ini.
Nak mendaki
bukit ini tidaklah sukar.. hanya perlu stamina yang lebih untuk menapak dari
satu anak tangga ke anak tangga seterusnya. So sesapa pun boleh naik sekalipun
merangkak.
Akhirnya…
beginilah
puncak bukit ini.. agak luas berbanding bukit lain yang penah di terokai.
Matahari pagi mula
memunculkan diri..
Kabus pagi,
kelihatan seperti sekawan awan putih menghiasi langit sungai lembing.
Pondok yang
terdapat di puncak bukit member kemudahan kepada pengunjung untuk melepaskan penat
sambil menikmati keindahan awan putih.
Dancing in da sky…
itu perasaan yang terbit tatkala berdiri di puncak bukit. Bak kata peribahasa
melayu, “emak mandul baru beranak”
Vision with action can change a world
Realiti tak seindah
fantasi, andai kau hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha dengan
sendiri....
Ini keadaan
pada jam 10 pagi.. kelihatan kabus yang menari di dada langit mula menyembunyikan
diri setelah di panah sang mentari. kelihatan rumah-rumah penduduk di kawasan
sungai lembing..
Track yang
tidak memerlukan tangga untuk mendaki. Jangan risau trak begini masih ok sebab
tidak curam.
Semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Segalanya menjadi indah
dengan pendakian ini sekalipun menempuh perjalanan yang jauh. TerBAEK!!!!
Sangat TerBAEK.
1 ulasan:
ooooohhhh ada tangga ke. saya pon boleh pegi kalau gini ustazzz. muahahaha
Catat Ulasan