DaTe : o2 - o8 DiSemBer 2014
VeNue : GunUnG PenaNjaKan vs bROmO SurAbaYa
My sTorY
Hari masih gelap pekat. Dingin pagi mencengkam sedikit demi
sedikit, mengigit-gigit sampai ke tulang. Hening pagi yang lazimnya ditemani
cengkerik hutan, bagaikan berpesta menerima deruman hartop, iaitu jip yang
mampu memuatkan enam penumpang dalam satu-satu masa.
Sesungguhnya perjalanan pagi ini cukup meresahkan awang.
Bukan kerana dilitupi kegelapan alam atau kedinginan dinihari, tetapi laluannya
yang cukup lumayan kata orang di sini, dan bengkang-bengkok bagaikan ular
dipalu, cukup membuatkan kepala terasa berpinar. Ditambah lagi, bau petrol yang
sekali-sekala menusuk-nusuk rongga hidung, semuanya bagaikan pakej lengkap untuk
menguji kesabaran.
Meskipun begitu, ia sama sekali tidak mematahkan semangat
awang untuk menuju ke puncak Gunung Penanjakan. Misi utama kami meredah kedinginan
pagi, semata-mata untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak gunung. Kata
orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang
sudah sampai biar terus jadi kenangan.
suasana pagi sebelum mendaki gunung Penanjakan
menjadi kewajipan, solat subuh perlu dilaksanakan..itu tugas kita sebagai hamba Nya..jadi sesampainya di puncak sebelum matahari terbit.pe lagi terus cari tempat solat..
Marah betul awang ngan dia..waktu solat dahla singkat, nak habis pulak tu, dan ramai yang tunggu giliran, yang kau boleh nak riak bagai amik masa lama-lama tu buat apa?? ini memang spesis BODOH lagi BANGANG... Grrrr... siyes awang x suka orang macam ni... ( berdiri barisan depan sekali dgn snow cap itulah spesis yang selfish)
ok sambung lagi...
Kawasan ini terkenal seantero dunia dengan jolokan “the famous sunrise.” Dengan ketinggian 2770 meter dari aras laut,
ia menjadi view point bagi para
pelancong melihat dan menikmati keindahan matahari yang bangun dari tidurnya
setiap pagi.
sekitar suasana di laluan ke puncak gunung
Gunung Penanjakan ini sememangnya tidak ampuh dengan
kesunyian. Jadi jangan berharap kawasan ini akan sepi, apalagi dihujung minggu.
Di waktu matahari terbit inilah, para pemburu yang dahaga keindahan ciptaan
Allah, sudah bersiap sedia mengabadikan saat-saat indah terbitnya sang mentari.
satu gambar menceritakan seribu kisah
Keadaan ketika ini berkabus dengan agak tebal...mengikut perkiraan matahari pagi segan nak memunculkan diri..
seorang penjual cilik cuba menawarkan kepada imam muda Asyraf yang turut serta dalam trip awang ni bunga abadi.. menurut penduduk tempatan, bunga ini tidak akan layu sekalipun tidak disiram air dalam cuaca yang panas.. that y di namakan bunga abadi.
Alhamdulillah, setelah hampir satu jam perjalanan, akhirnya
kami sampai di puncak. Di sini kita perlu berjalan kaki hampir 500 meter untuk
ke kawasan tinjau. Sesudah salam dilafaz bersulamkan wuduk yang sejuk dingin,
kami terus menunggu kelibat mentari.
Entah apa silapnya, kedatangan kami rupanya tidak disambut dengan mesra. Mentari yang dinanti tidak memunculkan diri, hanya bersembunyi dibalik kabus yang begitu tebal menyelimuti alam. Mungkin malu agaknya. kata penduduk tempatan, kalo matahari itu terbit.. memang tersangat cantik seolahnya gunung bromo dilimpahi keemasan..
Sudahnya bagi mengubati hati yang sedikit kecewa,
secangkir teh halia menjadi galang ganti.
hartop yang membawa kami menuju ke puncak gunung Penanjakan.
Seusai menikmati kehangatan secangkir teh halia, perjalanan
kami diteruskan pula ke kaki gunung Bromo untuk melihat dataran dan kawah Gunung
Bromo yang dikatakan masih lagi aktif. Hartop hanya mampu menghantar kami
sekitar 400 meter dari puncak kawah. Kemudian kami menaiki kuda menuju ke
tangga pendakian. Dan untuk sekian kalinya juga, inilah pengalaman pertama
awang menunggang kuda.
Gunung Bromo dikelilingi empat buah gunung iaitu gunung Batok
setinggi 2440 meter dari aras laut, gunung Kursi mencapai 2581 meter dari aras
laut, gunung Widodaren setinggi 2614 meter dan gunung Witangan 2601 meter dari
aras laut. Ke semua gunung-gunung ini terhasil melalui letusan gunung berapi
yang telah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu.
nak menuju ke puncak bromo dari kaki gunung, ada dua cara, yang pertama jalan kaki dan yang kedua menunggang kuda.. jauhnya lebih kurang 1km.. jadi dek kerana nak merasakan pengalaman menunggang kuda awang pilih cara yang kedua..
cuaklah juga nak menunggang ni sebab ini kali pertama kot...
x perlu risau tentang sarapan pagi... dekat sini banyak RnR yang boleh disinggahi.. kot lah nak sarapan pagi kan..
Ha macam ni laluan dia.. ada satu part tu memang curam dan kiri kanan tidak terdapat batu... kira macam gaunglah juga cuma x berapa dalam..tapi kalo jatuh memang kompom patah riyuk badan ni.. nak nak jatuh dengan kuda sekali..memang azab la..
bagi yang tidak mahir menunggang, pemilik kuda akan memimpin kida tersebut..so x yah risau lah sebab bukan kita tunggang sendiri...
amacam! ada macam mask of zooro x... topeng je x der..hehehe..
pemandangan dari jauh anak tangga menuju ke puncak
Untuk berada di puncak gunung Bromo, bagi melihat lohong
kawah yang mengeluarkan asap sulfur yang keluar dari perut bumi, 280 anak
tangga perlu didaki. Nampak mudah, tetapi sebenarnya bagi yang tidak mempunyai
stamina yang kuat, pasti akan pancit.
huh... giler penat... dahlah tinggi, udaranya pula menipis..
pemandangan dari puncak gunung bromo...
dataran dan gunung yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi.. sangat cantik..
Melalui upacara ini,
masyarakat suku Tengger akan berkumpul di kuil untuk memilih dukun yang baru,
memohon rezeki yang melimpah ruah, dan minta tolak bala dari sebarang musibah
atau penyakit. Dalam upacara ini juga, mereka akan mengumpulkan hasil tanaman
mereka di kuil. Lalu ke semua hasil pertanian yang telah dikumpul itu
dicampakkan dalam lohong kawah gunung berapi, sebagai persembahan kepada dewa
yang ada dalam lohong tersebut.
Dalam masa yang sama juga, sebahagian dari suku Tengger ini
akan menuruni tebing kawah dan menangkap hasil tanaman yang dicampakkan.
Tujuannya hanya satu, memohon pertolongan dewa agar kehidupan mereka selama
setahun berada dalam keadaan sejahtera. ingat..
Seakan tidak percaya, tetapi inilah kuasa dan kebesaran Allah
s.w.t. Berada di atas gunung berapi yang
masih aktif, sangat mengujakan. Ia seakan-akan mimpi menjadi kenyataan. Bromo
berasal dari perkataan sanskrit Brahma mempunyai kawah dengan ukur lilit garis
tengah 800 meter utara/selatan dan 600 meter timur/barat.
“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-gunung yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” ( QS. al-Nahl: 15 )
Kuil di kaki gunung.. di kuil inilah saban tahun suku Tengger berkumpul sebelum memulakan upacara kasada.
Dalam perjalanan pulang setelah puas menikmati keindahan
Bromo, barulah awang sedar laluan yang kami tempuhi sewaktu pergi dan balik ini
sangat menakutkan. Bayangkan, di kiri dan kanan kami adalah gaung yang sangat
dalam. Dan laluan pula cukup untuk dua buah hartop saling berselisih.
Hanya supir yang
mahir dan berpengalaman sahaja mampu melaluinya. Bahkan untuk kenderaan
persendirian juga tidak dibenarkan menggunakan laluan ini, bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.
Sangat sangat Terbaek... Segalanya dengan izin Allah.
1 ulasan:
wuyoo did u just use the word bodoh there? hahaha
Catat Ulasan