mEmbErs : aSri sUarez, DauS p0y0, Sya MiLk & aiDiLi sAd0-sAd0
dATe : 20 aPriL 2014
vEnuE : BuKit aYeR hItaM @ BukiT PuChonG
My sTorY
“Ada bukit
ke kat area Puchong?” Begitu pertanyaan sya milk pada awang sewaktu diajak
mendaki bukit Puchong.
“Yap ada! namanya bukit Ayer Hitam, tapi
tidaklah tinggi sangat, cukup untuk peluh keluar barang setitis dua." Jawab
awAng.
"Aik kat
belah mana? saya duduk Puchong sebelum ni tak tau pun" Daus menyampuk.
"enTah, awang pun
tak pasti, tapi kalo tak silap dekat area taman perumahan, tak pe sok kita pegi
guna GPS jer la." Tambah awang
"Menurut apa yang
dikatakan dalam internet dan juga blog, dekat bukit ni ada blue lagoon, cantik
katanya, so kita daki bukit n mandi kat blue lagoon." jelas awang lagi.
"Sya milk,
siapa lagi yang akan ikut kita mendaki esok pagi?" tanya awang
"Ermm,
setakat ni saya, aidili, asri suarez n daus poyo" jawab Sya Milk
"Okay, cara tu, kita tak nak pegi ramai-ramai, leceh nanti." balas awang
Awal pagi……
"Semua dah
sampai ke daus?" "Yap, semua dah sampai, jom kita gerak."
Okay daus,
kalo mengikut GPS awang, pintu masuk ke bukit ini terletak di jalan wawasan 5/1
bukit puchong. Dia dekat je dengan kawasan perumahan rumah flat.
"Ha tu! kita
dah sampai pun. Nampak tak ramai orang yang keluar dari laluan hutan tu.
Mungkin situlah pintu masuknya. Tak sabo dah ni nak menawan puncak bukit. Awak
pun kata tadi nak sangat mandi kat blue lagoon tu kan. Jadi moh la kita gerak
sekarang."
"Eh, bukit ni
agak gondol kan.. treknya tanah merah..kalo hujan basah, bahaya ni, licin
jadinya" Asri mula bersuara setelah diam sepanjang perjalanan.
"Yap, so kita
kena hati-hati, lagipun kawasan yang gondol dan tidak berpokok ni kawasan
berbatu kapur. Nanti kita jalan depan sikit banyaklah pokok-pokok n masuklah
trek hutan. Satu lagi, kalo berjalan tu pandang-pandang kat bawah, ada banyak
marking kertas putih gambar singa, so itu pandu arah pada kita supaya tidak
silap trek laluan." Terang awang.
"Agak tinggi bukit ni. Daus saya naik dulu, awak pegang tangan saya kay. Yang lain ikut belakang.
"Mencabar
juga dia punya trek kan awang, lagi teruk dari broga."
"Teruk sangat tu tidaklah,
ada je laluan yang mudah. Budak kecik pun boleh lalu. Cuma yang kita amik ni
laluan yang agak mencabar. Nama pun abang abang.. so."
"Ha tu Nampak! budak kecik pun ada naik. Selamba jer dia. Hati-hati adik, kalo jatuh
bangun sendiri" Kata asri
Hahaha,
lawaklah asri ni. Kalo korang nak tahu,
bukit ni memang ramai yang mendaki terutama hari cuti sabtu atau ahad. Diorang
ada yang berkeluarga, couple, group macam kita atau sesorang. Kalo area Puchong
ni tempat popular gak nak beriadah sambil menyihatkan badan. Tak lah asyik
pergi shoping mall jer. Tapi kebanyakkan yang mendaki ni orang china. Melayu
dengan India x berapa nak ramai.
yoooo!!! kita bergambar dulu... ini bukan puncak bukit, cuma di sini boleh tengok view sekitar bukit..
"Awang, ni bukit
yang ke berapa kita dah daki, lupalah. Celah aidili."
"Kalo ikutkan list, ini
bukit yang kesembilan. Kita ada 21 puncak lagi untuk ditawan." jelas awang
Semangat
sikit aidili. Ingat misi kita tahun ni. Tetiba suara sya milk pula mencelah
"Fuhhh!!! Alhamdulillah dah masuk trek hutan. Kalo tidak panas jadinya sebab x der pokok
yang lindung."
eh ada papan tanda di sini? bagusnya
"Trek macam nilah best, landai dan bersih, tak macam kita naik gunung tok wan tempoh hari. Laluannya jelas dan tak banyak tempat yang mendaki tinggi. So kita pon x lah penat sangat." Kata sya milk
Alhamdulillah,
kita dah sampai puncak pun...
Aik macam
gini jer puncaknya, x Nampak view pon? Tanya daus
Yela, inilah
puncaknya. Memang tak der view pun macam kat broga. Lagipun tempat ni x lah
tinggi sangat.. Dah Korang g posing cepat, awang nak amik gambar ni. Wat muka
sopan sikit.
Kat belah
mana yang awang kata ada blue lagoon tu?
"Entahlah,
tapi kalo baca dalam blog orang yang pernah ke sana, tempat tu tidak boleh masuk
sebab tempat tu bawah kawasan UPM. Dan katanya juga kawasan tu berpagar
dilarang masuk. Kalo nak berjalan ke sana pun ada lah dalam 1 jam lagi.."
Kalo
berpagar agaknya yang ini kot pagarnya. Lagipun ada papan tanda dilarang masuk
dan menceroboh. Ohh man!!
Mungkin lah
juga ini tempatnya. Sebab awang pun x penah sampai.
So kita nak
ceroboh masuk atau tidak ni? Tanya aidili.
"Ermm x
payahlah. Kita tak payahlah nak langgar peraturan. Dah
namanya menceroboh tu kan salah. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap" syamilk pula bersuara
Alamak, x
bestlah macam ni. Ingatkan boleh mandi kat lagoon. Daus mengeluh.
Geng, awang
rasa apa yang syamil kata tu betul gak. Kita bangsa yang bertamadun so kena lah
patuh pada peraturan. Priority kita kan nak menawan segala gunung dan bukit
yang ada, so kalo x masuk dalam lagoon tu pun x perlah.. lagipun kalo kita
masuk gak, jalan jauh tetiba kena halau gitu jek memang x berbaloi lah..
Tapi awang
ada idea. Pe kata kita luahkan perasaan dan rasa ketidaksukaan kita dengan peraturan
ni.
Apa kita nak
buat..hehehe jeng-jeng (sambil berbisik-bisik)
Kepada pihak
yang meletakkan peraturan sebegini di tempat umum dan kawasan riadah begini nah
amik kau..
"Dan saya
firdaus Nordin yang suka dan cinta alam sekitar begitu kecewa dengan tindakan
anda (UPM) menyekat keinginan dan keghairahan saya terhadap alam. huh"
Nampaknya
walaupun tidak berjaya melihat sendiri dengan mata dan kepala akan kebiruan
lagoon tersebut namun perjalanan tetap diteruskan juga.
Tidak semua
yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun itu bukan satu
titik noktah untuk kita terus merancang dan mencapainya. Mungkin hanya masa
yang menjadi sebab musabab.
Walaupun
kita dilarang masuk, sekurang-kurangnya kita dah Berjaya menawan puncaknya..
kami KECEWA!!!! kepada anda yang menetapkan peraturan ini..
lemah longlai aidili sado-sado kerana tidak dapat menikmati kebiruan dan kesejukan lagoon yang ada.. kerana kami DILARANG MASUK!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan