mEmbEr : sYa MiLk
daTe : o6 aPriL 2014
VeNuE : PerKampuNgan KeCiL dEsa sG. LeMbiNg
My sTorY
Hampir satu jam perjalanan meredah kegelapan malam dari
Bandar Kuantan menuju ke pekan Sungai Lembing. Dan sepanjang perjalanan itulah
halwa telinga kami hanya disantapkan dengan alunan lagu dari radio. Nak berbual
terasa berat mulut. Apatah lagi melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita
dan hanya ditemani unggas malam serta deretan hutan di kiri kanan. Hanya sesekali
mata ini terlihat jalur cahaya dari rumah-rumah penduduk yang kedudukannya jauh
antara satu dengan yang lain.
Pekan Sg Lembing menjadi destinasi kami awal pagi ini seusai
menikmati juadah seafood di Tanjung Lumpur. Mengikut
perancangannya kami akan bermalam di pekan kecil (masjid, jimat katanya) sebelum menjejakkan kaki
di puncak Bukit Panorama. (boleh rujuk post sblmnya ttg kejayaan menawan puncak
panorama).
Ketika menempuh perjalanan lewat pagi ini, dan sampai di satu
kawasan, tiba-tiba bulu roma kami meremang dengan sendiri. Entah entity apa yang
menumpang kenderaan kami saat itu, namun perasaan seram hanya tersimpan jauh
dalam diri. Nak meluahkan mungkin tidak sama sekali takut jika ditegur akan ada
yang menyahut. lebih dari itu mungkin menjelmakan diri.. Itu pesan orang tua dahulu, jika terasa perkara pelik di sekeliling jangan
ditegur.
Akhirnya, lewat jam 2 pagi kami sampai di pekan yang terletak
jauh dihujung bukit bukau dan gunung ganang. Rancangan asal untuk hanya
bermalam di masjid terpaksa dibatalkan setelah melihat sendiri keadaan masjid. bukan takut, tapi segan dengan penghuni masjid..Apatah lagi baru sebentar tadi kenderaan kami ditumpangi sesuatu. Jadi mahu
atau tidak terpaksalah kami keluar sedikit bajet utk bermalam di chalet yang
sememangnya banyak tersedia di situ.
Alhamdulillah walau telah lewat 2 pagi, namun masih ada
chalet yang sudi menerima kehadiran kami... kalau tidak mungkin dalam kereta lah ranjang kami malam itu..
Pekan Sg. Lembing tidaklah besar mana. Penduduknya juga tidak ramai, anggaran awang mungkin adalah dalam 200 keluarga. Walaubagaimanapun di pekan ini terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh
dilawati. Terutama bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan dan keriuhan bandar dan
menikmati kedamaian alam.
Dulu kawasan ini terkenal dengan kawasan perlombongan bijih
timah yang terbesar di dunia. Namun kini lombong tersebut telah ditutup. Bagi mengelakkan pekan ini mati so pihak kerajaan negeri telah menjadikan ia kawasan perlancongan
dengan membina muzium Sg. Lembing dikawasan ini yang khusus tentang
perlombongan bijih timah dan sejarah pekan.
Pada perkiraan awang juga, ramai penduduk kaum cina yang menetap di sini kerana tempat ini asalnya tempat perlombongan bijih timah. kiri kanan bangunan tu semua bangunan cina.. MELAYU????
ermmm no komen!
Seusai menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. di puncak bukit panorama, kami menapak pula ke muzium lombong bijih timah bagi melihat sendiri bagaimana ia beroperasi pada waktu dahulu. kata orang, kalo dah ke sini tak pegi muzium memang tak masuk dek akal lah jawabnya.. dan Masuk dalam ni, x der bayaran.. ia percuma.. just isi nama di pondok pendaftaran sahaja.
Terdapat banyak artifak lama yang dipamerkan disini bermula
dari awal hinggalah penutupannya. So kalo nak tahu lebih mendalam kena datang
sendiri.
muzium ni menurut artikel yang pernah awang baca di Berita Minggu dikatakan bermisteri.. menurut artikel tu hasil temubual dengan pengarah muzium, setiap malam kedengaran bunyi-bunyi pelik macam ada orang menaip guna mesin type... tapi bila duk usha x nampak pula orang yang menaip..selain itu katanya ada juga terlihat kelibat wanita Inggeris merayau-rayau waktu tengah malam...
so nak mengesahkan cerita tu, membuatkan awang dengan syamilk begitu semangat nak masuk.. manalah tahu kot-kot dapat jumpa pompuan tu... leh ajak dating kan..hehehe.
Kelihatan syamilk terpesona melihat barangan yang dipamerkan… hati-hati syamilk.. awak tu muka jambu, mungkin ada harapan tuk dating ngan awek inggeris tu..
Jom berselfie..
cubaan pertama awang amik gambar dengan harapan yang tinggi.. mana tau dari bergambar berdua ada yang nak join sekali.. jadi bertiga..
tapiii...
Terbaek…apa lagi yang mampu di kata...
To the world you may be just one person, but to one person you may be the
world.
Puas menerokai sejarah silam dalam muzium, kami menjelajah
pula dalam terowong lombong bijih timah.. nak masuk sini kena bayar rm15 kalo
awang tidak silap.,,..
Menunggu keretapi sampai… Yap, nak masuk dalam ni kena naik keretapi..
dah sampai pun..
Akhirnya inilah
keretapi yang akan membawa kami masuk dalam terowong.. xtualy asalnya ini
gerabak untuk membawa bijih timah, tapi itu dulu la.. sekarang gerabak ini dah
di modified untuk angkut orang pulak.. perjalanan dengan keretapi ini hanya
sejauh 1km sahaja.. selepas itu nak masuk dan tengok sendiri tempat bijih bijih
itu dikorek kena jalan kaki masuk dalam lagi... adalah dalam 600m
Thumbs up syamilk..
tu tandanya kawasan dalam lombong selamat
untuk diterokai.. dan jangan takut udara di dalam terowong sukses, boleh
bernafas dengan sebaiknya.. x panas malahan sejuk lagi sebab ada aircond… dat y
nak masuk ke sini kena bayar.. x kan
free jer kot..
Keadaan dalam terowong. Pehhh memang agak horor .. bayangkan dulu x der aircond, tempat ni memang panas.. dan kalo nak masuk
lebih dalam kena pakai tangki oksigen. Bukan boleh masuk sembarang jer.. silap
hari bulan x keluar2 sebab dah keras..huh.. bagi pengunjung macam awang kami hanya mampu masuk hingga beberapa ratus meter dan tingkat 2 sahaja.. lebih dari itu x boleh sebab dah tutup.. lagipun kawasan ini banyak makan korban manusia.. so sesapa yang berani masuklah..
Alhamdulillah, dah keluar… xtualy ada banyak benda yang boleh
dilihat dalam ni.. sengaja awang x masukkan gambar-gambar yang lain...biar ada rasa nak jejak dalam.. Kalo nak tahu apa yang ada
kat dalam tu kena lah datang sendiri tengok..
Yeah.. satu kepuasan bila dapat keluar dari terowong…
pintu keluar terowong… nak keluar kena jalan kaki. X de
dah perkhidmatan keretapi..
Time changes everything except something within us which is
always surprised by change
Tamat sudah pengembaran kami di pekan Sg Lembing.
Meninggalkan seribu satu kisah menarik yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Hanya cebisan dari kisah yang mampu dihamparkan di sini.. nak mengalami sendiri
kenalah datang.. macm-macam yang boleh dilakukan di sini bagi mereka yang
gemarkan keindahan alam... memancing, berkhemah, daki bukit n gunung.. jungle treking, naik moto 4 tayar.. n banyak lagi.. semua ada.. dan satu lagi tempat menarik yang x sempat kami pegi iaitu air terjun pelangi... so kami plan akan repeat lagi... nak try semua... Apa pon sangat terbaeklah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan